Sunday, February 22, 2015

2015 Winter Project - Part 6

Jeju, 2015 Winter.

(15/02/13) Kami bergerak meninggalkan hotel jam 0640 pagi menaiki teksi yang dipanggil oleh tuan hotel. Sekali lagi, terima kasih atas hospitality terbaik!!! Kami tiba di Jeju International Airport sekitar jam 0700 pagi. Kami menaiki penerbangan pertama Busan Air untuk ke Busan jam 0840 pagi. Pemandangan langit berawan yang cukup buat saya dan Aimi tak mampu tidur walaupun tidur kami memang tak cukup.

Boleh bagi idea tak itu puncak gunung apa?
Memperkenalkan..Gimhae dari atas udara.


Jeju review.

Puas hati. Puas hati sebab dapat melawat banyak tempat yang indah dan tiada bandingannya di sini. Seluas pandangan, mengingatkan saya bahawa nikmat Allah yang selama ini saya kecapi rupanya baru sedikit. Membuatkan saya mengerti, segala ujian, emosi yang terguris dan kekecewaan itu mampu diubati. Terima kasih Allah, atas segala keindahan yang kau hamparkan untuk bumi Jeju ini.

Perasan susah hati yang tak dapat digambarkan apabila F beritahu paspotnya tertinggal di dalam kapal terbang. Ya Allah..Namun kami masih bertenang dan minta dia semak betul-betul. Nasib baik dia salah letak, Alhamdulillah. Pengajaran, jangan letak passport di dalam poket depan tempat tempat duduk!

Hampir semua tempat yang kami tuju di Jeju tidak kami temui muslim tidak seperti di Seoul. Maka kami tidak melihat kehidupan muslim di sini. Namun, menjadi minor di kalangan pelancong yang majoritinya orang Jepun buat saya sedikit lega. Entah kenapa, ketika melalui terowong lava tube itu ada seorang obaa-chan yang berpesan, kiotsukete kudasai ne!

Di Jeju, tiada apa yang saya beli untuk buat kenangan sebab kebanyakannya adalah patung yang dibuat daripada batu lahar. Tapi patung lah..hehe.
---



Entri seterusnya, episod baru kehidupan di Busan. Doakan saya ada ruang yang lebih untuk menulis ketika hari bekerja. =)

2 comments:

ケイ留美 said...

kebanyakannya tmpt2 yg sng cr muslim ni bandar2 besar. dan yg ada kemudahan ni pn mmg bandar2 besar je, yg kecik2 tu mmg xde. dulu sapporo pn xde masjid yg mcm masjid. means dibina on building khas, separate dan interior kt dlm mmg masjid. sedangkan kami sewa bangunan kedai je masa tu, diuruskan pn oleh org2 persendirian. kt bawah kedai halal food, kt atas masjid. tp bila kawasan tu maju jd tourist spot & ada yg berani utk suarakan, alhamdulillah spt yg dilihat di jepun, especially hokkaido skg. pulau terpencil plg utara, tp ada surau kt shopping complex di main city + airport dia. subhanallah how things changed in few years. inshaAllah rsnye kt korea nnt pn cmtu gak.

p/s : hr2 solat kt rooptop / tepi tangga bgnn kalu kt skola. kalu kt luar pndi2 la cr tmpt. rindu zmn itu. pyh mmg pyh, tp ajar diri jd tabah nk jaga solat. alih2 blk mesia gak tggl solat walopn serba serbi kemudahan ada. insaf~

Dalila Nizam said...

Ya betul. Dulu, surau kat Nami Island tu mix, lelaki n perempuan. Sekarang dah ada separator. Toilet kat Airport Jeju and Busan pun dah ada bidet system walaupun tak semua toilet.

Mana taknye, ada masjid, pagarnye di tutup padahal waktu zuhur masih panjang..adehh, salahkan masjid pulakkk. Apa pun, nak pelihara, nak tinggal,solat tu tanggungjawab individu! terserah~~~