Tuesday, February 24, 2015

2015 Winter Project - Part 7

Busan, 2015 Winter

(15/02/13) Kami tiba di Gimhae International Airport lebih kurang jam 1000 pagi. Siap-siap menunggu check-in luggage masing-masing. Oh ye, Jeju Air dan Busan Air tidak mengenakan sebarang caj untuk check-in luggage, jadi berbahagialah ketika menaiki penerbangan ini. Tiba di balai ketibaan, kami ambil tempat masing-masing. Ada yang bertanyakan tempat-tempat menarik sekitar Busan di Tourist Information Counter. Malangnya, Aimi tanyakan pen, petugas menunjukkan bank! Hahaha..bantai gelak kami!

Saya melangkah masuk ke 7 Eleven berdekatan untuk mencari makanan. Lapar, sejak subuh tadi belum makan. Saya berjaya mendapatkan Onigiri Tuna Mayo. Onigiri ni adalah nasi kepal, yang bentuk tiga segi lepas tu dibalut dengan rumpai laut. Nama jepunnya onigiri, nama Koreanya belum sempat saya pelajari..mahap! Kemudian yang lain menyusul beli onigiri yang sama, sebenarnya yang itu sajalah boleh dimakan tanpa ragu.

Disebabkan beberapa masalah (luggage yg berat, kemalasan yang melampau, sejukkkk, WiFi, dan KRW 15000 yang dikatakan mahal) maka kami lepak di balai ketibaan sehingga jam 1200 tgh hari. Yang perempuan tambah makan dan minum di Café Bene, yang lelaki sibuk dengan WiFi lah gamaknya.

Kami naik jumbo taxi daripada airport ke well beach apt (apt = apaato / apartment). Kami melalui Diamond Bridge yang ala-ala jambatan di San Francisco, dua tingkat! Tingkat bawah menghala ke Haeundae, tingkat atas haluan bertentangan. Satu perkara yang suka puji berkali-kali tentang taxi driver di sini. Asal ada alamat, mereka akan minta no. telefon dan nama PIC. Kemudian, mereka akan telefon PIC untuk kepastian. Bila dah sampai destinasi, mereka akan telefon sekali lagi, memberitahu PIC yang kami sudah sampai ke destinasi.

Tepat jam 1400, kami check-in di Well Beach Apt, tingkat 15! Apartment ni kecil, masuk rumah ada bilik air sebelah kiri dan oshiire (almari yang tersorok dalam dinding) sebelah kanan. Jalan depan lagi dalam 3 langkah, jumpa dapur yang muat dua orang masuk di sebelah kiri. Lepas tu jumpa ruang tamu. Sebelah kanan, bertentangan dengan dapur adalah tangga kecil untuk naik ke tingkat atas. Tingkat atas sedikit rendah, kene tunduk dan hanya ada ruang untuk tidur. Simply put, apartment for 3 people gitu. Syukur kat Malaysia tak ada yang sekecil ini.

Pantang nampak kamera, penuh je..
Petangnya kami berjalan kaki ke pantai Heundae Beach yang letaknya beberapa KM daripada apartment. Sementara berjalan, kami melihat kiri kanan. Jumpa satu kedai Turki yang menjual kebab. Apa lagi, kalut si F mengajak makan kebab, maka kami kata kita ke pantai dulu lah. Balik nanti kita singgah!

Tiba di pantai, kami disapa warga tua korea yang kebetulan jogging di pantai petang itu. 

Pak cik Korea: Are you from Malaysia?
Kami: Yes, we are Malaysian.
Beberapa soalan kenegaraan dan bahasa Melayu ditanya, dan kami menjawab dengan baik =)
Pak cik Korea: This beach name Heundae. It from Chinese character He-Un-Dae, means Sea-Cloud-Tower. Can you see the Sea cloud hotel there?
Kami: Yes..yes. And it has tower! 
Pak cik Korea: OK, Enjoy your stay here. Jumpa lagi, Terima kasih!

Sepetang di pantai Heundae, menanti matahari terbenam. Merasai angin pantai sekitar 6°C. Saya teringin merasa keadaan air lautnya. Sesekali ombak memukul membawa air naik ke atas, antara pergi atau tidak. Takut air masuk ke dalam kasut sedangkan kasut saya bukan jenis kain. Saya duduk sedikit jauh daripada gigi air sambil menunggu ombak datang. Berpeluang, saya celup tangan ke dalam air yang naik, kemudian cepat-cepat lari ke atas. Aimi begitu juga, tapi sedikit malang apabila dia tak sempat lari dan air membasahi kasutnya. Rasanya? Sejuk dan kemudian kebas! Lama tangan saya kebas, 3 jam begitu. Nasib baik masih boleh pegang kebab untuk makan ketika perjalanan pulang.

Di pantai ini ada beberapa stage khas untuk busker dinamakan busking zone. Disebabkan dah penat, lapar dan kebas (saya tangan, Aimi kaki) kami pulang tanpa menonton persembahan busker yang ketika itu masih membetulkan setting gitar masing-masing.

Sementara matahari terbenam

Kami singgah di E-Mart, hypermarket berhampiran rumah. Kami beli telur, sayur kobis, minyak masak (kat sini pakai minyak soya), cendawan dan tepung. Tiba di rumah, Sab excited nak masak cendawan goreng tepung. Sekali nak guna telur, rupanya telur yang dibeli dah siap masak! Buat ratah jelah. F turun ke bawah untuk membeli telur mentah di CU, kedai serbaneka.


Selesai makan, saya, Aimi dan Sab berkumpul untuk merancang perjalanan esok. Sab ada permintaan, nak beli luggage baru di Jakje Market kerana luggage yang dibawa daripada Malaysia dah pecah ketika tiba di Busan. Kami merancang untuk travel menggunakan taxi sahaja memandangkan perjalanan esok bakal jauh, hampir sama jauh dengan Gimhae International Airport.

No comments: