Busan, 2015 Winter


Kami kemudiannya menaiki anak tangga sebanyak 148 yang dinamakan Stair to see star. Aimi di depan, kemudian saya dan kemudian Sab. Sesekali kami berhenti kepenatan. Sab, can you see the star? tanya saya sementara menunggu Sab yang sedikit di belakang. I can see it! Kata Sab sambil tergelak-gelak =B
Kami kemudiannya melalui laluan lereng bukit yang
menempatkan beberapa penempatan. Padat dan rapat! Saya dan Aimi sesekali melihat
peta, gigih nak kumpul stamp! Hehehe..Kami berjalan dan mendaki sampai la rasa
nak tercabut kaki. Kami kemudiannya mencapai kata sepakat sebaik menemui semula
tempat kami bermula. Lengkap pusing.
Cepat-cepat kami tunggu di taxi stand untuk ke tempat yang seterusnya, Taejoudae. Oh ye, hampir terlupa tentang rombongan lelaki dalam teksi yang lain. Kami tak menemukan mereka. Lagi pun mereka boleh rancang perjalanan mereka sendiri.
Cepat-cepat kami tunggu di taxi stand untuk ke tempat yang seterusnya, Taejoudae. Oh ye, hampir terlupa tentang rombongan lelaki dalam teksi yang lain. Kami tak menemukan mereka. Lagi pun mereka boleh rancang perjalanan mereka sendiri.
![]() |
Here we are! Tadi dekat puncak sebelah sana, sekarang dah puncak sebelah sini. Kagum dengan diri sendiri kejap! |


Jalan tanpa arah, akhirnya kami temui kedai beg. Macam-macam
beg ada. Sab memilih luggage. Siap menawarkan harga dan beli, kami bertiga
bergerak masuk kedai lain pula. Aimi mencari barangan K-Pop yang di pesan orang.
Eh, Dila kenal Big Bang? tanya Aimi. Saya hanya gelengkan kepala. Nasib
menyebelahi kami, Aimi membelinya di satu kedai yang agak mesra Malaysia. Tuan
kedai boleh berbahasa Melayu. Tapi saya perasan, barang di sini harganya mahal
berbanding Seoul hampir 3 kali ganda. Kami batalkan hasrat ke Jagalchi Fish
Market memandangkan hari yang menghampiri senja dan luggage yang mendokusai
kalau bawak ke sana. Kami singgah di Natural Republic dan beberapa butik baju
Korea untuk menghabiskan duit yang berbaki. Kami ke taxi stand, kurang daripada
5 minit, satu taxi berhenti untuk mendapatkan kami.
Kami beritahu pak cik ni ke Heundae Beach, Well Beach
Apartment. Pak cik ni sekali tengok macam bos Jepun saya. Eh, terindu bos
pulak! Aimi bagi kertas yang bertulis alamat penuh rumah yang kami tinggal.
Jadi pak cik ni sedikit kehairanan dan bertanya, homestay? Yup! Homestay. Pak
cik buat isyarat yang saya fahamkan sebagai, dia tak boleh English. Kami balas,
OK! OK! Senyap seketika..
![]() |
Gambar hiasan. Salah satu tempat rehat di Gamcheon Art & Cultural Village. |
Pak cik: Hijab?? (Sambil jarinya menunjuk ke kepala)
Kami: Yes..yes, hijab.
Aimi: Malay called tudung. Tuu…Dung..
Pak cik: Tuu..? Dunggg?? Tudung?
Kami: Yessss..(sambil tepuk tangan)
Pak cik: (Gelak)
Pak cik: (Berbahasa Korea dengan isyarat tangan)
Saya: Dia kata dia lapar ke?
Pak cik: (Kemudiannya mengeluarkan dua batang coklat)
Aimi: For me? For us? (Sambil tersenyum lebar)
Pak cik: Yes..yes. Korean Choco Bar..(berbahasa
korea)..Energy Bar. Good! (menunjukkan isyarat makan)
Sab: Kamsahamida..
Pak cik: (Geleng-geleng) Kam-sa-ham-ni-da.
Memang baik betul pak cik ni. Kami kemudiannya bertanyakan pelbagai bahasa dan sebutan
Korea. Daripada Selamat pagi, terima kasih, maaf sampailah macam mana nak sebut
Hyundai, Beot Kkot (Sakura dlm Korean, semua fail part ni!) dan banyak lagi!
Walaupun kami tak faham, tapi banyak kami belajar. Terima kasih pak cik, semoga
pak cik beroleh balasan yang baik.
Sampai di rumah, rehat sekejap. Jam 2030 malam, saya dan
Aimi berjalan ke pantai nak tengok night scene di Heundae Beach dan menenangkan
diri. Aimi menyatakan hasrat untuk ke Busan Sea life yang letaknya berhampiran
pantai esok pagi. Kami pun masuk untuk ambil brochure dan terus ke pantai. Melepak,
melepaskan apa yang terbuku di hati sambil ditiup angin sejuk di malam hari
yang mendamaikan. Sempat saya berangan..andai dia di sisi. Itsuka kono uta kimi
ni todoku kana, chippokena ai no uta..lalalala.
![]() |
Sementara berjalan pulang, kami singgah ambil gambar di papan iklan yang khas untuk mengambil gambar ini. Dia ni memang Happy Kids! |
No comments:
Post a Comment