Busan, 2015 Winter.
![]() |
Presenting, the jackass penguin! |
Kami berdua berjalan kaki dengan beg yang penuh muatan di
belakang. Tiba di Busan Sea Life, kami beli tiket dan kemudian menyewa satu
loker untuk meletakkan beg yang sarat. Satu loker boleh sumbat 2 bag pack yang
saiznye 45L dan 55L.
.jpg)
.jpg)
![]() |
Kawan kepada spongebob yang selalu di taman, obor-obor! |
.jpg)
Target jam 1230 bergerak mencari pengangkutan untuk ke lapangan terbang.
Lebih kurang jam 1230, kami ambil semula bag dan bergegas untuk ke taxi stand. Saya
ingat-ingat lupa. Harga teksi sekitar 22,000 Krw dan kami berdua ada 20,000won
sahaja. Hurm..ikhtiar cara lain, kami perasan ada Airport Limousine Bus Stand
di kawasan berhampiran. Ok, sepatutnya harga murah daripada teksi, teka saya.
Kami Google harganya menggunakan Dynamic Busan WiFi (WiFi tepi jalan yang free)
sekitar 6000won ~ 8000won. Lega!
Kami mulanya berdiri di depan Hotel Ammbassador yang
kemudiannya meragukan kami sebab stand ni tak ada jadual menaikkan penumpang
seperti di sebelah jalan sana. Ini bukan stand kot, ini stop! Kami bergegas ke
seberang jalan. Dalam kekalutan itu, ada seorang pemandu teksi menegur kami.
Pemandu teksi: Assalamualaikum!
Aimi: Hi!
Pemandu teksi: Are you muslim?
Kami: Yes, muslim.
Pemandu teksi: Allahuakbar! Indonesian?
Kami: Yes, Allahuakbar! Malaysian.
Pemandu teksi: Do Malaysia many muslim? Indonesia, islam is
big.
Kami: Yes, we are big.
Pemandu teksi: Can you speak Arabic?
Saya: (Tidak menjawab)
Aimi: Cannot, sorry.
Kami: OK sir, bye!
Pemandu teksi: In Arabic they say ‘Ma’assalamah’.
Saya: Illallikaq wa ma’assalamah! (Sambil kami berdua
berlalu pergi)
.jpg)
Bergegas mencari troli untuk meletakkan beg yang berat. Di sini tiada
surau, saya dan Aimi pusing sana sini mencari idea untuk solat di mana..Ya
Allah, help me. Saya terpandang, nursing room. Ya, tempat terbaik, kosong dan
bersih. Saya gigihkan diri mengambil wuduk. Awek korea sebelah saya tengok je
apa yang sedang saya buat. Bisik hati saya, alah orang korea ni bukan heran
orang pun. Siap solat, kami terus ke kaunter daftar masuk yang ketika itu sudah
berstatus processing. Walaupun dah self check-in, tetap kena daftar masuk di
kaunter ya, tiada sebarang caj dikenakan. Kami kemudiannya masuk terus ke ruang
menunggu, malas nak berebut di bahagian pemeriksaan kastam.
Kami berlepas awal 20 minit daripada yang dijadualkan. Kalau
datang, perjalanannya 6 jam. Pulang jadi 6 jam 30 minit sebab melawan arah
angin. Kami meninggalkan Busan dengan cuaca sejuk sekitar 9°C
dengan langit berawan menanti senja. Sekitar 1 jam perjalanan, kata juruterbang kami kini di langit
Taiwan dan menuju ke Manila. Kemudian akan berpatah balik ke Kuala Lumpur.
Saya ketika itu selsema. Sakitnya kepala hanya tuhan saja
yang tahu. Dah la pressure dalam badan tak betul, tambah lagi dengan cabin
pressure. Rasa seram sejuk. Melihat langit senja pada ketinggian 40,000 kaki
sedikit mendamaikan. Saya habiskan satu lagi task yang telah saya set sebelum
berlepas tempoh hari. Reading Al-kahfi at 40,000 feet. Langit mula gelap sebaik
surah ini habis saya baca.
.jpg)
Jam 2300 waktu korea. Saya cepat-cepat setkan jam tangan ke
waktu Malaysia, 2200. “Kepada warga Malaysia, kami ucapkan selamat pulang ke tanah
air..” kata ketua pramugara bertugas. Alhamdulillah, mendarat dengan baik.
Kami kemudiannya ke restoran KFC untuk makan malam. Itulah
yang terjadi setiap kali kaki melangkah masuk ke Kuala Lumpur dari perantauan
antarabangsa. Aimi terus pulang sebab mahu ke klinik! F juga begitu. A dan Sab
pulang ke rumah masing-masing. Saya dan K tidur di KLIA2 menanti penerbangan
pertama esok hari untuk pulang ke rumah masing-masing.
Busan Review
Tempat yang cantik dengan pemandangan yang indah terutama di
malam hari. Warganya yang sedikit kampung berbanding Seoul, namun cukup ramah
dan baik hati. Di sini, nilai Ihsan yang Islam ajar dapat saya fahami dengan
baik. Tapi, saya temui ada sampah di kiri kanan jalan tidak seperti di Jeju dan
Seoul. Heundae Beach, cukup mendamaikan jiwa. Saya sangat rindu deruan angin
sejuk di pantai itu.
Walaupun travel saya kali ini ada perkara yang tak best
jadi, tapi secara totalnya saya sangat-sangat berpuas hati. Saya juga Aimi
belajar sabar yang amat sangat! Travel berdua pada hari terakhir buat kami rasa
lega dan hilang beban di minda walau beg 10kg kami usung di belakang. Travel
ajar saya tentang nilai tolak ansur dan bagaimana nak manage orang yang tak
reti bertolak ansur.
Penutup
Saya travel bukan sebab saya berduit. Sebab saya mahu
pelajari ilmu baru dalam sekolah hidup. Di negara sendiri, saya selesa menjadi majority.
Nak solat, surau banyak masjid berlambak. Dalam apa jua keadaan, semua orang
utamakan kita. Di sini, saya minor. Semua saya serahkan pada Allah. Terasa malu
dengan Allah, tapi siapa lagi mampu saya harapkan. Saya tahu solat itu susah di
sini. Dengan air yang sejuk di musim sejuk, dengan tiada surau yang selesa
untuk solat. Namun saya ingatkan diri yang kerdil ini, orang dulu berbunuhan
nak pertahankan islam!
Saya niat, mahu merasa winter. Allah temukan saya pengalaman
berharga, sebelum turunya salji yang sangat perit! Huh, hang ingat nak salji tu
best? Saya sempat tadah tangan ketika salji mula turun. It life experience you
know. Hanya mereka yang pernah merasainya saja yang tahu rasa dan nikmatnya.
Sebelum terbang, saya pasang niat..travel ini menguji diri,
mampukah saya menjadi muslim minority di negara seperti ini. Tiba saat pulang, saya
temui jawapan yang pasti. Saya rela menjadi minority kalau itu lebih
mendekatkan diri ini dengan Yang Maha Satu. Hijrah ke jepun, saya genggam
cita-cita itu erat-erat.
No comments:
Post a Comment