Sunday, March 01, 2015

2015 Winter Project - Part 10

OK, part terakhir. Kos keseluruhan semasa saya dan rakan berada di Korea. Setelah dikira-kira semula, jumlah dalam RM2421. Kos ini saya kira daripada KLIA sampailah balik ke KLIA semula.
KRW yang saya bawa daripada Malaysia ialah 420,000 won (RM1399.00).

Tiket Flight: 
Memang kena beli masa Promo. Kalau tidak, kos pergi balik sekitar RM 1100. Penerbangan domestic Korea boleh beli masa Promo, selalunya 3 bulan sebelum tarikh berlepas.

Home stay / Hotel: 
Untuk home stay di Seoul, saya book di Malaysian Guest House, milik anak Malaysia. Bagi yang mencari hotel, boleh cari di booking.com. Untuk stay di Jeju, A dan Aimi yang uruskan. Kalau tak silap guna booking.com jugak kot. Untuk stay di Busan, mereka guna Airbnb. Harga, kalau satu malam dalam RM 60~80, kira OK bagi yg bajet bag packed. Kalau hotel biasa, RM150~200 semalam. Lebih kurang harga hotel di Malaysia juga.

Public Transpot:
Untuk semua pergerakan di Seoul, saya dan rakan-rakan menggunakan subway (keretapi bawah tanah). Sebenarnya station je bawah tanah. Bila dah bergerak, kita akan sekejap ke atas, sekejap di bawah. Di Busan pun ada subway. Saya sarankan anda download app ini untuk kemudahan rujukan. https://play.google.com/store/apps/details?id=com.imagedrome.jihachul&hl=en. Kalau anda tak tahu jalan, boleh rujuk di Google Map, setakat yang telah saya rujuk, informasi tepat termasuk waktu tren berlepas. Sila ambil perhatian untuk beberapa pesanan di bawah.

1) Bagi yang ada masalah lutut, sila ambil perhatian. Semua station di bawah tanah menggunakan tangga untuk sampai ke tingkat bawah. Sekurang-kurangnya anda akan melangkah 10 anak tangga sebelum boleh menggunakan elevator / escalator. Sampai di elevator, beri laluan sebelah kiri. kita yang nak tunggu sampai bawah, berdiri sebelah kanan.

2) Gerabak tren, kalau salah masuk memang padat. Tips, masuk gerabak warga emas, tp jangan duduk di kerusi yang ada tanda warga emas/ ibu mengandung / ibu dan anak. Caranya, sewaktu anda berdiri di kaki platfom, ada tanda 3segi bergambar tongkat di pintu platfom dan juga di lantai. Tapi, mana-mana gerabak pun, kalau ada warga tua berdiri dan anda (yg tak tua) duduk, silalah bangun. Orang Seoul kenal anda orang Malaysia jika anda muslimah. Confirm! Mereka tak pernah tersalah tegur.

3) Jika anda perlu menukar line, sila pastikan no. line anda dan warnanya. Jangan tersalah. Semak juga nama next station dan station before supaya anda berada di stop point yang betul.

Selain subway, teksi pun kami guna juga. Di Busan dan Seoul, semua teksi bermeter. Jadi tak ada masalah sangat. Cuma caj mahal sikit daripada bas dan subway.

Di Jeju, kebanyakkan jumbo taxi tak ada meter, jadi berhati-hati. Sesetengahnya mungkin mengambil kesempatan terhadap anda. Kalau anda travel dalam kumpulan kecik sekitar 3~4 orang, elok saja naik taxi biasa atau naik bas. Kalau ramai, saya tak sarankan sebab akan banyak delay sedangkan orang Korea ni laju-laju.

Jalan kaki:
Ye, paling banyak yang guna adalah cara ini. Jalan kaki sekitar 300 meter ke 500 meter itu adalah perkara biasa. Oh ye, keadaan permukaan jalannya berbukit-bukau. Begitu juga dengan kawasan penempatan penduduk. Jadi, pastikan anda berstemina sebelum berlepas ke Korea untuk travel.

Makan:
Kalau anda nak senang cari makanan halal, Itaewon adalah tempat terbaik. Siap boleh jumpa nasi goreng ayam, tom yam dan semuanya halal. Di Seoul, agak senang nak cari makanan halal sebab komuniti muslim sedang berkembang. Nampak je logo Halal, In Shaa Allah halal lah tu.

Di Jeju, kami hanya beli roti, keropok dan coklat. Memang susah cari makanan halal di Jeju. Begitu juga dengan Busan. Tapi Busan banyak makanan laut, tak perlu risau sangat. Cuma lalu dengan tak saja, sebab ikan fresh, basuh terus masak. Takde nak peram dengan limau dulu la..ape la. Untuk yang nak mudah, makan lah di Lotteria. Kedai fast food milik Lotte (ala yang buat Peppero tu..) tp menu kene ambil yang haiwan laut sahaja.

Bawalah makanan ready-to-eat daripada Malaysia macam maggi/ mamee chef, bubur segera knorr, nasi briyani / nasi goreng / kari ayam / kurma daging brahim. Kalau tiba-tiba anda short bekalan, boleh beli di Itaewon. Ada satu kedai jual barangan yang macam ni, kedai dia tepi jalan on the way nak ke Masjid Itaewon.

Shopping:
Untuk yang memang tertarik dengan brooch yang berkilau-kilau, harga biasa ada dua jenis. 2000won dan 4000won tanpa anak yang kecil tu. Kalau nak anak, cakap nak pair, staf akan tolong pair kan, tambah 1000won.

Kain cotton - 4 meter, bidang 60 siap potong. Harga 10000won, corak ikut musim. Musim panas, kaler terang-terang, musim sejuk, kaler malap. Saya sampai dah hujung winter, jadi corak ala-ala malap berbunga terang, kan nak masuk musim bunga.

Souvenir - Banyak tempat ada. Tapi paling murah di Namdaemun, Seoul. Fridge Magnet boleh dapat dalam 4 keping @ 5000won. Keychain yg kecik comel (hand made) 10 biji @ 6000won.

T-shirt I love Korea - Pasar Namdaemun, 3 helai @ 10000won. Tempat lain tak jual harga ni.

Barang-barang kosmetic - masuklah mana-mana kedai pun, harga sama tanpa tax. Kalau dia nak tax sebab beli banyak, dia akan bagi borang tuntutan tax. Sila tuntut jumlah tax anda di airport sebelum berlepas pulang. Pastikan barang kosmetic anda mematuhi syarat-syarat LAGs (liquid, aerosols and gels) di dalam hand carry luggage bagi mengelakkan situasi barang anda di masukkan ke dalam tong sampah ketika pemeriksaan kastam sewaktu berlepas pulang.


Sampai di sini saja perkongsian saya. Semoga perkongsian saya boleh membantu anda untuk merancang percutian ke Korea. Terlalu banyak untuk dikongsi, sesetengahnya sudah terlupa, namun setiap soalan akan saya cuba jawab. Kalau ada nak tanya apa-apa, boleh tinggalkan mesej di sini. Saya cuba jawab selagi boleh.

No comments: