Monday, March 16, 2015

Celebrating 25th Anniversary of CEM

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sesiapa yang membaca entri ini. Di hari yang kebanyakan daripada kami bercuti di hari sabtu, atau mereka sedang bersiap dengan tenang untuk ke majlis Glamorous Night pada 14 Mar 2015, kami, committee sudah sedia di kawasan kilang sekitar jam 0900. Sarapan pagi yang ditaja oleh Kak Yan, the one and only woman GM di syarikat kami. Semoga murah rezeki sokmo ye Kak Yan dan murah juga rezeki pak cik yang jual nasi lemak tu.

Event ini tempatnya di Grand Ballroom Matahari, Hotel Equatorial Penang. The 5 star hotel yang dah cukup grand. Tak faham bila ada orang yang complain dan kata buatlah di tempat yang lebih grand. So, cik kak, name us the place please. Hotel 5 star, boleh muat 1000 orang dan bas boleh masuk sampai main lobby - the criteria that met ours. Okay-lah. Saya pun menjadi pekak sebab tugas kami adalah memastikan makan malam ini terhasil, bukan memuaskan hati semua orang termasuk bekas pekerja. 

Kami bergerak daripada kilang sekitar jam 1000 dan tiba di hotel jam 1050 pagi. Di dewan, meja sudah siap tersedia. Pentas indah bersama latar belakang yang penuh warna. Sound team baru tiba. Sedang performers sibuk mengatur langkah untuk rehearsal sebentar lagi, photographer hijacked pentas. Tengah saya sibuk setting untuk self mood shooting, ada pula orang lain yang inter-frame gambar saya. Cik Ayu dan Sera, committee member cum performer untuk malam ini.  


Alhamdulillah, majlis berjalan lancar kecuali beberapa drag disebabkan terlepas pandang. Nasib baik floor manager perasan. The Glamorous Night menutup tirai sekitar jam 2130 (lewat 15 minit daripada yang dijadualkan; overrun predicted within 30 minute).

Saya rasa pujian harus diberikan kepada semua yang terlibat terutamanya kepada performer yang berpenat lelah berlatih dan nampak professional pada malam itu. Tarian daripada pekerja sri lanka cukup memukau. Kesemua performers adalah pekerja syarikat kami. 

Jika majlis ini tentang makanan, makan sahajalah di rumah atau di kedai mewah. Makanan hotel pun bukanlah sedap mana. Tapi majlis ini tentang kita. Tentang penghargaan syarikat kepada pekerja. Tentang sikap sukarela kita dalam membantu melancarkan majlis. Tentang kita dan soft-skills yang mahu dimajukan. Tentang kita dan successor untuk menghadapi tahun-tahun mendatang.

Tahniah CEM atas ulang tahun ke 25. Tahniah buat kumpulan pioneer yang telah bersama-sama 25 tahun ini. Sekecil mana pun keterlibatan kita pada dunia, ketahuilah kita membantu dunia untuk melihat dunia.

No comments: