Saturday, April 04, 2015

Di sebalik GST...

“ek, mada owarimasuka? Takusan aru? Honto idea takusan ne Dalila-chan! [Eh, belum habis lagi? Ada banyak? Dalila ni memang banyak idea ya!]” kata Maniwa-san, si General Manager untuk bahagian produk dan kejuruteraan.

“Yes! Excellent staff! Should be add 1k na..salary” sahut si jiran bos, Assistant Manager untuk kumpulan jurutera kamera SLR.

“iie, three more. Soko made owarimasu [Tidak, tiga lagi. Lepas itu, habis]” jawab saya memintas kata-kata jiran bos.

Antara dialog yang mampu saya recalled ketika engineering presentation: Kizuki activity. Tak kurang juga yang berkata saya ada berpuluh idea. Tidak. Saya juga jurutera seperti anda. Punya tanggungjawab yang banyak.

Di lapangan kerja, saya diamanahkan dengan manufacturing line unit shutter dan iris untuk IXUS yang kini sedang bermasalah besar dan perlu pemantauan ketat. Mujur unit shutter untuk EOS 100D sihat dan kurang bermasalah. Juga beberapa perkara yang masih dalam pemerhatian termasuk unit shutter untuk model EOS dengan Mark bernombor.

Di bahagian management, saya diberi tugas mengendalikan hal-hal bersangkutan QMS dengan ISO 9001: 2008 yang juga bakal dinaiktaraf ke edisi baru 2015 dengan pelbagai pembaharuan.

Excellent staff? Rendah diri saya apabila jiran bos berkata sedemikian. Saya hari-hari bermasalah menyelesaikan tugasan yang sedia ada. Nak OT, malas tapi kerja yang ada tak mampu saya habiskan dalam 8 jam waktu bekerja biasa.

Beberapa hari kemudian, Carta Organisasi baru dikeluarkan. Dalam carta, tempat saya di bawah bos lama, bos yang saya panggil ‘abah’. Bos yang mengenalkan saya dengan kerja ‘jurutera sebenar’ sebab semuanya saya perlu buat sendiri. Tak tahu itu ini, tak pasti itu ini, tulis email dan hantar ke jurutera di Jepun untuk pengesahan. Setahun kami berpisah, saya sudah mampu ‘berjalan’ sendiri. Tak perlu pemantauan bos local, andai ada yang kurang pasti saya akan terus bertanya kepada bos Jepun.

Jiran bos yang puji-puji saya itu, tertanya-tanya. Kenapa saya ‘dipulangkan’ semula kepada Abah. Tidak diserap masuk ke ‘senarai bawah jagaannya’. Terus terang, saya kurang gemar dengan cara jiran bos ini. Kerjanya ala-ala ‘menteri’ di Malaysia. Pagi ini katanya kad pra-bayar tidak dikenakan GST, petang nanti dia relakan sahaja (Anda yang mengikuti perkembangan, mesti faham). Jadinya saya luahkan rasa kurang senang ini kepada mereka yang lebih senior daripada saya.

Jawapan mereka mudah. Bos dinilai daripada performance ‘anak bawah jagaan’. Betul, semua bos Jepun senang bekerja dengan kamu begitu juga dengan abah kamu sebab kedua-duanya ada kelebihan bahasa dan memahami gerak kerja warganya. Jadi, ada orang akan mengambil kesempatan untuk mereka berada di depan kamu, menjadi hang tuah walaupun kamu itu himura battosai. Maka ambil tahu siapa manusia di sekeliling kamu. Belajar memahami agar tiada orang yang mengambil kesempatan ke atas kamu.

Saya, hari-hari mencari aura positif, berkawan dengan mereka yang optimis dan belajar menjadi manusia. Yang secara fitrahnya positif belaka. Namun, terkadang ada juga yang tidak suka. Itu normal, hidup di zaman fitnah memang begitu.

I just doing my best because I am Muslim and I want to be a real Muslim.


Saya harap coretan saya ini boleh membantu pembaca memahami situasi kerja sebenar apabila kita sudah mula menampakkan tapak. Bagi mereka yang sedang berusaha, ayuh bersungguh melakukan yang terbaik untuk kita. Untuk ummah kita.

No comments: