Assalamualaikum, semoga pembaca dalam keadaan sihat dan
dalam rahmat Allah. Saya bersyukur diberi kesempatan mendarat ke bumi kinabalu,
Sabah seminggu yang lalu. Elok pulang, saya dihujani ‘product testing’ dengan
lebatnya. Yang lebih lebat adalah OT hampir setiap hari menyebabkan badan lemah
dan kini diserang selsema. Tak apalah, kifarah dosa kot.
2015 April 07
Sabo je lah, Danial ajak bergambar jam 3 pg! |
Saya dan Danial menggunakan last flight untuk ke KUL.
Departure time sekitar jam 11.50 malam waktu tempatan, kami selamat tiba di
KLIA2 jam 12.50 tengah malam. Sampai sana, cari tempat melepak sementara
menunggu Myna dan Nasa. Sembang dan beramah-tamah, kami akhirnya membuat
keputusan untuk tidak tidur. Risau tak boleh bangun memandangkan badan
tersangat penat dan penerbangan seterusnya adalah penerbangan pertama,
dijadualkan berlepas sekitar jam 6.30 pagi.
Oppsss! Over exposure..tp pantai dia sangat cantik tau! |
2015 April 08
Saya kurang pasti jam berapa pintu semakan kastam dibuka,
namun sekitar jam 4 ke 5 pagi. Kami terus ke sana dan kemudiannya menunggu
dibalai perlepasan. Subuh kami dalam kalut sebab waktu subuh masuk sekitar 5.56
pagi dan gate close time adalah 6.15 pagi. Terima kasih atas layanan yang
istimewa oleh anak kapal.
Kami mendarat di KKIA (Kota Kinabalu International Airport)
terminal 2 sekitar jam 9.30 pagi. Urusan mengambil kereta sewa membawa kami ke
UMS (Univ. Malaysia Sabah) bertemu dengan kawan Myna, Erin. Kami makan tengah hari di
sana. Isi perut siap-siap sebab perjalanan ke Simpang Mengayau memakan masa
sekitar 2 jam 30 minit.
Captured by Hero3, from in-the-hole, Simpang Mengayau, Tip of Borneo |
OK, keluarga besar kami ini memang ada masalah dengan laut.
Asal jumpa laut, hilang akal semacam.. serupa tak pernah jumpa laut. Saya
ingatkan anda, kami pernah mandi di Pantai Cahaya Bulan. Inikan pula jumpa pantai
yang airnya jernih dan cantik..nak mandi!!! Tapi penat tak tidur semalaman
membataskan pergerakan. Kami memilih untuk tinggalkan pantai dan mencari tempat
untuk tidur malam ini. Kami menginap di Simpang Mengayau Chalet, bangunan
paling hujung yang ada di sini. Pemandangan dia..superb! Lepas check-in, kami
tidur kepenatan.
Sekitar jam 5 petang, kami keluar semula untuk ke tip of
borneo. Jaraknya lebih kurang 10 minit berjalan kaki dengan sedikit pendakian.
Allahuakbar! Again, pencinta laut, pencinta langit silalah datang ke sini
untuk merasai nikmat Allah yang satu ini.
Selesai melihat pemandangan yang indah, kami cari balik
pantai tadi. Jernih dan landai. Kata abang askar yang bertugas di situ, pakai
slipper kalau nak mandi di sini. Banyak landak laut. Maka kami pun
berhati-hati, mandi sambil menunggu matahari terbenam. Air laut di sini sejuk!
Tiba-tiba kulit kaki terasa gatal yang mencucuk. Semacam terkena obor-obor,
saya naik ke tepi pantai untuk lumur pasir. Tapi sungguh, tiada obor-obor. Yang
saya nampak beberapa kawasan bertompok kuning di lantai pantai, mungkin itulah puncanya.
Makan malam kami hanyalah nasi goreng yang dipesan di cafe chalet. Nama makanan sama dengan semenanjung, nasi goreng seafood, nasi goreng
ayam dan sebagainya.. tapi rupa dan rasanya sangatlah lain. Jangan terkejut!
Selesai makan, kami melepak di luar bilik sambil dengar lagu. TV ada, tapi tak
dapat siaran melainkan TV1 itu pun tengok tak nampak rupa, bunyi je OK. Sebelum
tidur, pak cik PGA datang tengok kami. Di sini, sesiapa yang nak bermalam kena
laporkan kepada PGA untuk tujuan record tracking dan keselamatan.
2015 April 09
Having great captured before departures! |
Pagi ini kami makan pagi bubur segera yang dibawa sendiri.
Selesai makan, kami bersiap-siap untuk bergerak ke lokasi seterusnya. Dari
Kudat kami turun semula untuk mendaki ke Kundasang.
Antara benda yang menarik
perhatian kami disepanjang perjalanan adalah jagung bakar dan madu yang dijual di tepi jalan.
Sabah style 'jagung bakar'. |
Sebelum ke kundasang, kami singgah di Rumah Terbalik,
Jambatan Gantung Tamparuli dan Kinabalu Park.
Taman Terbalik! |
Malangnya, kami tiba di Kinabalu
Park dalam keadaan hujan lebat. Jadi memang langsung tak boleh turun daripada
kereta.
Perjalanan disambung dalam hujan sekitar 15 minit untuk sampai ke
Kundasang War Memorial. Dari sini nak ke Desa Dairy Farm Kundasang agak dekat, sekitar 15 minit perjalanan dengan kereta.
War Memorial |
Jambatan gantung Tamparuli. |
While enjoying great scenery.. |
Puncak Kinabalu dari farm ni |
Kami memilih
untuk solat asar di masjid kundasang memandangkan kedudukannya yang agak dekat.
Saujana mata memandang! Itu pemandangan yang boleh saya
gambarkan apabila selesai solat. Masjid ini letaknya di atas bukit,
bertentangan dengan jalan masuk menuju ke ladang. Excited tau!!
Nah, tiba di Desa dairy farm..kami beli susu, jelly, gelato
yg semuanya berasaskan susu. Sambil makan, kami pusing kawasan penternakan
lembu dan kambing di sini. Pemandangan cantik bertemankan bau lembu..of course,
dairy farm kan? Hehehe.. Ada yang tanya, lembu dia hitam putih? Yup! sebijik la macam dekat NZ. (eceh, mcm aku pernah sampai NZ..)
Bahagian kutipan hasil susu |
Sekitar jam 5 ptg, kami beredar meninggalkan Kundasang.
Berpatah balik ke Kota Kinabalu. Rancangan asal nak bermalam di Kundasang, tapi
risau terlewat gerak di keesokan harinya membuatkan kami bersetuju untuk tidur
di KK sahaja malam itu.
Kami tiba di KK jam 7.15 mlm, sudah gelap seakan jam 9.00
mlm. Misi mencari hotel di pekan KK. Banding harga sana sini, kami akhirnya
memilih hotel Ruby untuk 2 malam. Selepas makan malam di warong mami (punya
jauh aku p, jumpa org aloq staq pulak dah kat sini!), kami check-in
bilik..mandi, solat dan siap untuk lelap!
2015 April 10
Mamutik Island |
Bangun seawal pagi, tanpa sarapan, kami bergerak ke UMS
untuk fetch Erin, kawan Myna, untuk serahkan semula kereta sewa. Erin
kemudiannya menghantar kami ke Jesselton Point, center point untuk ke Tunku
Abdul Rahman Marine Park.
Kami pilih 3 pulau, Sapi-Manukan-Mamutik dan sewa snorkeling
equipment. Tak mampu nak main water game memandangkan percutian kami ini adalah
bajet backpack.
Underwater posing at Sapi Island. |
Me?? Tangan Danial ni.. =( |
Dari pulau ke pulau, kami diberi jadual pick-up jam 12 tgh
hari dan 2 ptg. Perjalanan laut kami bermula sekitar jam 9.00 pg dan berakhir
pada jam 4.30 ptg. Sepanjang saya berada di pulau, terasa macam travel kat
Korea. Punyalah ramai warga Korea yang berkunjung ke Kota Kinabalu ni..kata abg
yang pandu bot, hari-hari ada orang Korea di sini. Naik atas darat, kami mencari musolla namun langsung tiada
tanda ataupun pembayang. Disebabkan kami ni semua org bandar, yang pasti mall
besar mesti ada. Hampir lupa sudah nama mall yang kami masuk, surau ada
dibahagian atas berdekatan parkir.
Dinner maybe? |
Selesai solat, dengan beg berat berisi kain
basah, kami jalan kaki menuju ke pasar Philippine mencari gerai makanan seafood. Kata
orang di sini murah! Ya, dari segi harga saya anggarkan 1/3 murah daripada harga di
Penang. Berpeluang juga merasa lobster, kalau harap di semenanjung tak dapatlah
nak merasa. Selesai makan, kami menunggu sunset.. Kemudian, kaki dilangkahkan semula untuk pulang ke hotel. Malam itu, kaki sudah tak mampu memijak lantai. Penat!
Baring, golek sana sini, chit chat..kemudian padam!
Sunset from Kampung Air |
2015 April 11
Kami bergerak jam 8.30 pg, menuju ke Pasar Philippine untuk
membeli buah tangan. Dalam perjalanan, kami singgah makan di restoran mamak. Tapi
mamak kat sini cakap sabah bah..hehehe, unik! Siap makan, kami pun berjalan
memasuki pasar. Awas bagi anda yang jenis senang terpukau dek kemilau
mutiara..tak cukup duit kome..haha. Saya pun banyak bertanya, nak-nak lagi perbezaan
mutiara air masin dengan mutiara air tawar, confuse. Tapi kalau tengok
dekat-dekat, boleh beza dari segi texture mutiara tu sendiri. Mutiara air
tawar, formation dia bergaris dan mampu dilihat dengan mata kasar sedangkan
mutiara air masin tidak.
Selesai membeli cenderahati, kami bergerak ke bahagian ikan
kering dan ikan masin pula. Saya kurang tahu bab ini, tapi mak pesan belikan
ikan kering keropok (ikan ini pernah dibelikan oleh kwn saya dan kemudian di
air-post ke sini 1 kg). Siap dah semua barang kami beli, duit pun tinggal
cukup-cukup, kami pulang ke hotel untuk pack bag dan bersiap untuk pulang ke
semenanjung.
Perjalanan kami dari hotel ke KKIA terminal 1 menggunakan
teksi. Terima kasih pakcik, service tahap driver Korea pakcik ni! Tahniah. Kami
check-in semua beg kecuali handbag, singgah makan KFC..alamak, menu tak sama
dengan semenanjung. Bukan tak sama, kurang pilihan. Siap makan, kami pun
bergerak menuju ke balai perlepasan.
Cer teka..Ini sungai apa? Hint: The first we meet at peninsular after cross Laut China Selatan. |
Malindo Air di sini punya pengurusan penumpang terbaik (low-cost based).
Mana taknya..mula-mula mereka jemput penumpang business class, penumpang dengan
kanak-kanak dan warga emas. Kemudian mereka jemput penumpang dengan nombor seat
20 hingga 30 (bahagian belakang pesawat). Akhir sekali mereka jemput penumpang
yang lain. Tiada jem yang teruk ketika kami memasuki pesawat. Ready for
take-off! Saya menonton filem ‘Youngistaan’ sepanjang perjalanan yang mengambil
masa kira 2.30 minit.
Landed to KLIA 2, saya dan danial menghantar myna dan nasa
ke terminal bas dibahagian bawah. Kami berdua kemudiannya mendaftar masuk untuk
penerbangan seterusnya ke PIA. Custom cleared, kami terus ke balai berlepas. Solat
maghrib dan isya’, kami kemudiannya berlepas ke PEN jam 2200 dan safely touch
down at PIA around 2300. En. Ahmad, awak sangat ceria malam itu selaku pembantu
juruterbang. Hilang letih semua orang. Keep it up!!
InShaaAllah, saya kongsikan bajet kami dalam entry berikutnya.
No comments:
Post a Comment