Monday, May 04, 2015

~5th Years Being Canon Global~

2015年05月03日-じぶんでおめでとう!

Ini bukan sushi. Yang dalam mangkuk besar itu namanya Udon.
Mangkuk yang kecil sikit itu namanya Miso soup. Yang paling
kecil itu lupa nama..buat daripada telur, kemudian steam!
Okeh! Saya tak akan tulis entry ini dalam bahasa Jepun. Jangan risau.. =) [Macamlah pandai sangat nak tulis dalam Nihongo..]

Assalamualaikum. Hari ini saya menyambut ulang tahun ke-5 sebagai anggota Canon. Jangan ada yang meracau pulak kata saya ni bangga diri, mentang-mentang lah kerja Canon walaupun kuli saja..hehehe. 5 tahun di sini dan saya akan terus mengira [haa..kau. Ayat melayu tuh!]. So, hari ni saya sambut kegembiraan dengan cik Rubi yang dah lama mengidam nak makan sushi!

The Calibration PIC

Masih! 5 tahun lalu, inilah kerja saya mula-mula masuk. And its expending all the way. Menjadi penasihat bertauliah di bahagian peralatan dan data. Even MD need me to help, tapi kalau customer mai, tolong jawab sendiri na..saya bagi hint ja.

The Action For Green Committee Member

Kumpulan kecil yang bergerak di bawah nama CSR (corporate-social responsibility) dan ISO 14000, kami mengatur dan mempromosi isu-isu berkaitan persekitaran. Eh, tahun lepas kami dapat markah penuh untuk penilaian keseluruhan kumpulan Canon Global tau! Seronok duduk dalam team ni sebab boleh ajak masyarakat berbakti pada tanah dan alam sekitar.

The Engineer

Model shutter yang mula-mula saya sentuh adalah untuk kegunaan IXUS. Kemudian, EOS with single number..dan sekarang saya juga terlibat dengan research 4K compatibility image. Boss yang dulu scary amat, sekarang boleh dibawa melawak. Saya banyak experienced dengan orang, maklum sejak umur 10 tahun sudah duduk asrama..bergaul dengan orang yg memang tak dikenali langsung. Satu benda yang saya pegang sampai sekarang, always see the bright side of others. Baru-baru ini, kami diminta respon kepada customer dalam masa kurang dari 3 jam untuk update semua model yang menggunakan barcode. Kalutlah dibuatnya. Selepas siap, boss datang kepada saya..dan ucap terima kasih!  

The Japanese Language Learner

Saya lengkapkan pelajaran peringkat permulaan dengan JLPT N5 tahun lepas. Dan sekarang akan menghabiskan level N4, kalau sempat saya mahu duduk JLPT N4 hujung tahun ini. The key to success: ngadap drama jepun banyak-banyak. Nak lagi cepat, hadap bangumi (program tv non-drama). Saya belajar budaya mereka juga..melalui pemerhatian dalam drama dan warga Jepun di pejabat. Terima kasih kepada boss yang bagi kepercayaan untuk translate document daripada designer. Koyama-san punya pasal, I do je..hehehe.

The Dreamer

Yes, I am. Si pemimpi yang mahu tinggal di Jepun, yang mahu menjadi si minoriti muslim di negara matahari terbit. Si pemimpi yang mahu menjadi sebahgian daripada srikandi Islam. Si pemimpi yang mahu hidup dalam keadaan aman. Aman dalam makna sebenar, selamat seselamat Islam. Maaf kalau saya sudah kurang perhatian kepada negara sendiri sebab saya hanya follow perkembangannya di FB dan Twitter. Media lainnya sudah bertukar ke Jepun.

-------------------------------------
BIG thanks to my fellow senpai: Kagara-san, Hasnul-san, Amin-san, Masleeda-san, Azian-san, Connie-san, Suzuki-san, Tamura-san, Kouzu-san (chief designer yet handsome man with fluent English) / to my fellow friends: Aqilah-san, Nadiah-san, the person from production team, and the Team (you know who you are) / to my 'another-half': Rubi-chan, Kak Natt, Aniki, Takeru.. 
You guys gave me great great impact on these 5 years.

No comments: