Saturday, May 09, 2015

Menjadi yang lebih baik

Assalamualaikum.. Terasa tersangat lama saya tidak menulis tentang 'menjadi yang terbaik dan berusaha ke arahnya', maaf terkadang diri ini jadi lupa dek kerana potensi diri yang meningkat dan 'dihargai'. lalai~~~

Saya pernah punyai 'idola' semasa saya meningkat remaja. Dia adalah Hakimi dari kumpulan Saujana. Segalanya tentang dia saya ambil perhatian. Mahu menjadi jurutera seperti dia, mahu belajar di Jepun seperti dia dan mahu mencapai apa-apa yang telah Hakimi capai. Namun takdir Allah mengubah segalanya saat diri memulakan perjalanan baru di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.

Saya jatuh hati dengan langit dan pesawat! Laluan saya terubah, akhirnya saya graduan dalam kejuruteraan mekanikal. Walaupun projek tahun akhir saya dibentangkan di salah satu convention kejuruteraan di tanah air, seperti Hakimi di Jepun. Ketika saya tamat belajar, Hakimi sudah mula bekerja di Malaysia dan kesibukan bekerja menyebabkan dia sangat jarang berada bersama Saujana. Saya hilang semangat seketika. 

Saya memulakan langkah ke industri dengan kaki sendiri walaupun ramai yang mahu menggunakan 'kabel' untuk saya. Saya tak mahu, sudah-sudahlah masuk ke sekolah dulu begitu. Berbekalkan semangat Hikari itu, saya melangkah ke depan. Saujana juga saya tinggalkan, menjadi pendengar dari jauh. Sekadar itu.

Tiba masa, Allah buka mata saya. Contoh terbaik di hadapan mata. Apabila mereka dipuji, mereka menafikannya sambil tertunduk-tunduk. Apabila ditanyakan soalan, mereka berusaha sehabis daya untuk menjawab. Apabila berjanji dengan masa, mereka tepati tak pernah lewat walaupun seminit. Apabila bercerita tentang idea, mereka paling kehadapan dengan pelbagai consideration sebelum memutuskan sesuatu perkara.

Ya, mereka contoh terbaik sebagai manusia walaupun tiada kepercayaan agama. Hal kebersihan, seorang Managing Director akan menyapu di tempat semak seorang jurutera. Seorang General Manager akan mengelap meja kerani. Ketinggian budi mereka ini buat saya fikir berkali-kali, kerana itulah saya ditakdir tuhan berada disini.

Hari ini, saya mengakui menjadi fangirl sekali lagi. Mengikuti perkembangan Takeru dari dekat kerana mengutip semangat seperti mereka. Dalam ketinggian ilmu, ada ketulusan budi. Mereka jujur dalam berterus terang. Mereka terima kritikan dengan hati terbuka. 

Mereka betulkan kesalahan mereka, bukannya menuding jari ke arah orang lain. Ini part paling susah setelah kita menyedari bahawa kita semakin diterima dan dihargai. Terasa mahu perfect dalam segala bentuk. Saya juga begitu. Namun hati kecil saya tetap kecil, masih mampu mengingatkan saya apa yang perlu saya lakukan. Contohi mereka, berlapang dada menerima teguran dek kesalahan sendiri. 

"Because I don't want to further study in university, I do my very best for what I have" - Sato Takeru. Saya juga terus berharap, mereka ini ditemukan Allah untuk mempercayai adanya tuhan yang satu, tuhan semesta alam. Saya bersyukur, diberi peluang dan ruang untuk mendewasa bersama-sama mereka, juga insan-insan yang berusaha menjadi 'yang lebih baik dari sebelumnya'.

1 comment:

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)