Thursday, August 20, 2015

Kisah sedekah, wakaf dan langit ilahi

Assalamualaikum dan salam sejahtera dan bahagia buat semua yg membaca blog ini. Kali ini saya nak kongsikan beberapa cebisan kisah hidup saya berkenaan "rahsia langit ilahi" dan "kisah sedekah". Tiada kaitan untuk menunjuk-nunjuk, saya menulis untuk perkongsian bersama agar kita mampu menjadi muslim yang terbaik.

Saya telah memulakan 'projek sedekah' sejak di bangku sekolah, sekitar umur 10 tahun. Saya buat sebab ayah selalu buat. Ayah saya selalu belanja orang yang kurang waras di kawasan perumahan. Kata ayah, orang macam ini kita kena ada belas kasihan. Nampak saja pak cik yang tak betul tu datang, ayah tanya nak makan apa? nak minum apa? order, nanti dia bayarkan. Pernah tuan kedai cuba halau pak cik tu, tapi ayah kata jangan. Eh, pak cik ni sampai sekarang sihat lagi walaupun berkain pelikat tanpa baju semedang. Kata mak, orang tu special, maka Allah pelihara dia.

Kisah 1

Sekitar 1996 - Kawan saya di sekolah rendah islam darul aman (SRIDA), Adawiyah namanya. Adawiyah sangat kecil berbanding kami semua dengan suara yang halus. Satu hari, kami dikhabarkan rumah Adawiyah terlibat dengan kebakaran. Cikgu pun hulurkanlah tabung, siapa mahu sedekah, silakan. Saya bagi hampir semua wang poket saya ketika itu sebab saya duduk asrama, duit saya banyak. Lagi pun saya tak perlukan duit itu, pagi, tengah hari, petang dan malam makan di kantin asrama. Waktu rehat, saya melepak sambil melawat taman bunga yang kami sendiri tanam pokoknya. Malu tau kalau pokok yang kita tanam tu kering dan mati sebab ada nama di pasu.

Selang beberapa masa, duit saya hilang seluruhnya termasuk jam tangan berharga RM80. Okeh, tak berapa mahal, tapi cuba bayangkan RM80 ketika itu, tahun 1996 dan saya hanyalah budak sekolah darjah 4. Saya tak menangis, sebab saya tahu itu mungkin bukan hak saya. Maka relax-lah, Allah nak ambil kan? Sepanjang minggu itu, termasuk Adawiyah dan rakan-rakan lain, hari-hari ada orang belanja saya makan. Saya tidak kelaparan..hehehe

Kisah 2

2014 - Seorang rakan di FB post tentang 'The Wakaf Buku' yang dia sertai. Oh, saya amat teruja untuk turut serta. Terlalu banyak untuk saya beri, malangnya destinasi yang dituju agak jauh di Sabah. Tiket penerbangan tiada yang murah menyebabkan saya terpaksa pos kesemua buku yang ingin diwakafkan. Sebelum pack semua buku-buku, saya dimaklumkan oleh penerima yang The Wakaf Buku ini targetnya untuk kanak-kanak. Saya mula berfikir untuk memberi sesuatu yang lebih baik untuk kanak-kanak. Ya, saya memang peminat komik dan menyimpannya untuk kenangan. Kesayanganlah katakan.. Teringat kata ustaz, jika mahu memberi, beri barang yang paling kita sayang. Maka saya pun membuat keputusan untuk mewakafkan kesemua komik sains dan siri ikhtiar hidup yang saya ada. Komik yang paling saya sayang tajuknya Ikhtiar Hidup Perubahan Iklim. Cover depan penuh salji. Saya ambil gambar sebelum bungkus, dengan niat, semoga sampailah saya ke kawasan begini dan bertemu salji.

Feb 2015, Allah hantar saya ke Seoul. Merasai suhu ekstrim sebelum salji gugur ke bumi dan sempat bermain perang salji walaupun sekejap. Oh, saya rindu nak main salji lagi..hehehehe.

Kisah 3

17 Aug 2015 - Saya masih tercari-cari duit RM 16 (wang kertas 10, 5 dan 1) yang entah dimana saya letakkan. Nasib baik rumah kecil, dah semua tempat saya punggah. Tak jumpa! Esoknya, saya masih teruskan urusan mencari dan menyelamat, tetapi gagal. Saya terpandang resit bayaran saman yang adik saya lunaskan beberapa hari yang lepas. Terlipat, dalam lipatan ada RM20. Saya ambil sambil sengih-sengih tunjuk pada ayah. "Jumpa yang lain, tapi 16 hengget tu tak jumpa juga!", kata saya. "Magic kan?", balas ayah sambil tersenyum lebar. Okeh, saya give up dengan SAR bagi duit RM16 itu. Sebelah malam, mak dari semalam lagi teringin nak makan ayam KFC. Duit dalam wallet ada RM 60. Beri RM50 pada adik. Saya minta tolong belikan Dinner Plate 1 set & Snack Plate 1 set. Kemudian isikan fuel kereta saya RM20. Tiba di rumah, dia tersengih-sengih keluarkan RM 1. "Baki duit hang!", katanya tak mampu menahan gelak. Ish..ish..ish. Tak apalah sedekah untuk keluarga, bisik hati saya.

19 Aug 2015 - Kami riuh dalam bilik mesyuarat. Itu rutin kami, warga jurutera SLR di CEM. Di tengah medan, bos bagi sampul surat! Semua orang tersenyum. Surat itu bertajuk : Salary Adjustment bla..bla..bla.. "Lah, rupanya Allah nak bagi yang ini..", bisik hati saya keriangan..lalalala~~

Kesimpulan

Terkadang kita cepat melatah. Bersangka baik selalulah dengan Allah. Dia punya seisi dunia dan langit luas di atas sana. Adakalanya, Dia minta kita pinjamkan, berbaktilah kepada jalan-Nya. Esok-esok rezeki yang tidak disangka-sangka itulah bayaran. Selamat bersedekah. =)

No comments: