Friday, September 11, 2015

Jalan baru ku..

Assalamualaikum, very good day to all! =) sora ga ichiban suki! Namun saya tercari-cari dari mana datangnya minat ini. Sehingga saya mula mengingati saat pertama kali memegang stereng pesawat tempur milik ATM (Angkatan Tentera Malaysia) ketika melawat muzium tentera satu ketika dahulu, ketika masih bersekolah rendah. Terima kasih ayah, atas pendedahan awal! Dan saya berharap, mereka di luar sana bawalah anak-anak menjelajah ke dunia seperti ini. Jangan hanya pandai main flight simulator. <= ini sebenarnya ayat perli pada mak ayah yang bangga sangat anak pandai main game walaupun anak masih belum pandai membaca.

Baiklah. Cerita utama saya hari ini ialah tentang 'prediction of achievement'. Sebenarnya ayat ini bukan saya punya, saya pinjam daripada Prof. Dr. Muhaya dan saya panjangkan dalam bentuk praktis yang saya sendiri lakukan.

5 tahun bergelar jurutera di syarikat pembuat kamera terkemuka dunia, saya tak lari daripada masalah dibanding-bandingkan, tikam belakang dan memohon untuk dihargai. Ya, saya lalui semuanya. Ingat, hidup mesti ada warna-warni. Itu lumrah. Dan selama 4 tahun kebelakangan ini, saya 'struggle' belajar bahasa Jepun dengan asbab mahu berkomunikasi dengan mudah. Alhamdulillah, Allah mudahkan segala urusan. Saya beroleh sijil pertama JLPT N5 (Beginner stage) setelah 3 tahun belajar. Terima kasih kepada pihak pengurusan syarikat yang sentiasa memberi ruang untuk saya berkembang. Selepas kerap disapa kakitangan daripada Jepun, juga dipanggil Japanese speaker oleh GM jabatan sendiri, saya terus berharap dapat terus berkembang dan meluaskan perjalanan 'seorang jurutera' yang saya punyai. 

Awal Ogos, model baru dengan new-design itu bukan milik saya. Saya sedikit kecewa, namun masih berharap kepada yang maha Esa, ada ruang baru buat saya. 2 minggu berlalu, hari ini saya dipanggil oleh manager dengan arahan baru. Saya diminta membantu rakan untuk melakukan satu siri ujian kekuatan keatas produk. Itu adalah kerja biasa bagi saya. Sejak awal penglibatan bidang calibration, hampir semua ujian berkenaan data, perlu saya halusi. Selesai satu siri, siri baru menanti esok. 

Malangnya, rakan yang dibantu EL (emergency leave). Saya dan 2 orang jurutera yang lain manyambung tugas yang masih berbaki semalam. Kami kembali ke meja masing-masing sementara menunggu sampel untuk ujian yang seterusnya.

Assistant manager: Dalila, testing semua dah siap ka?
Saya: Sampel semalam dah siap. Sekarang tunggu next sample for data verify.
Assistant manager: Jom ikut saya ke bilik meeting. I want to discuss with you about something.
Saya: OK. (Sambil dalam hati dok bisik, aku buat salah apa pulak dah ni..)

Yes, they are giving me the new-designed model. Alhamdulillah. I wish to have new learn after 5 year being here. Thanks a lot to my direct boss for approving this! That day, I feel so calm, cherish even I am working on Saturday! 

[ Ya, saya predict untuk mendapat model baru. Saya predict untuk bekerjasama dengan rakan sejawatan daripada Jepun. Saya predict untuk terus dihargai dan diberi peluang berkembang luas. Sampai satu tahap, I working on even never get a single 'Thanks'. Because I predict to be more reliable.] 
----------------------------------------------------------------
Tapi ingat, langit tak selalu cerah. Ada juga yang nak rebut daripada saya. Terkadang, ayat-ayat itu berbekas juga walaupun itu adalah 'the pain that I can escape'. Dua hari menghadiri tele-conference Malaysia-Jepun dengan jumlah 8 jam perbincangan, banyak yang saya belajar. Ramai juga yang mahu berkongsi ilmu dengan saya. Terima kasih. 

Tips for success (especially with 'orang lama'):
1. THINK THAT THEY ARE ALL NICE PERSON. 
If they are not, kindly accept that every people have another bright side to be discover by you!
2. Always talk below them.
3. Asking with soft voice, idiot-like question.
4. Respond to them nicely.
5. If you think you are right, rise up you hand and talk.

2 comments:

HeNRieTTa JoSe said...

hidup mmg penuh liku....eehh camera? hehehe...igtkan jurutera pesawat tempor....gud luck yea...

Dalila Nizam said...

Henrietta jose, I love to work with that 'pesawat tempor'..but Allah know what best to fit us.
Thanks. Good luck to you too.. =)