Wednesday, October 14, 2015

Salam 1437 Hijrah

Assalamualaikum. Agak lewat, tapi saya rasa saya punya masa terluang. Maka ruangan ini saya manfaatkan sepenuhnya. Salam tahun baru, 1437Hijrah buat seluruh umah Islam tak kira di mana sahaja anda berada. 

Ucapan syukur saya panjatkan kepada Yang Maha Pencipta atas setiap peluang yang diberikannya. Tak kira apa bentuk peluang sekalipun, hatta cabaran dan ujian yang menimpa diri. Bersyukur masih diberi peluang untuk bersujud, mengadu domba padaNya atas segala cabaran dan ujian. Bersyukur saat mulut masih bisa mengucapkan syukur dengan lafaz 'Alhamdulillah' atas setiap kejayaan dan penghargaan yang dilontarkan buat diri. Alhamdulillah, mudah-mudahan Allah pelihara kita daripada sifat riak dan membangga diri. 

Tahun baru menjelang saban tahun dan setiap kali itulah "selamat tahun baru" kita ucapkan. Ucapan yang sudah menjadi kebiasaan sehingga kita melontarkannya tanpa bermaksud demikian. Namun bagi penulis blog seperti saya (penulis sangatttt..), setiap kali menulis tentang tahun baru pasti tidak boleh lari daripada self-review tentang 'pencapaian setahun' tahun berkenaan. Tahun 1436H, suatu tahun yang penuh dengan suka-duka. Serentak, sama banyak. Maka benarlah ayat-ayat Allah itu,"Oleh itu, sesungguhnya pada kesusahan itu ada kesenangan. Sesungguhnya pada kesusahan itu ada kesenangan", Ayat 5 & 6, Al-Insyirah. Jadi, nikmat tuhan yang mana yang kita dustakan? Tak adalah harapnya. 

Ada rakan non-muslim yang sudah mula membaca terjemahan Al-quran, Alhamdulillah. Moga ada hidayah Allah kamu. Saya mengimpikan ke Tokyo Camii dengan seorang lagi rakan non-muslim, moga ada peluang ke sana. Siri 'Jaulah dengan hikmah' saya juga berkembang, walaupun poket saya mengurus dan tak kembang-kembang dah. Lepas satu, satu peluang datang. Awal tahun merasa musim sejuk di Korea, kemudian ke Sabah pula untuk 'mencari susah'. Banyak saya belajar daripada jaulah ke kawasan ini. Dan ada berita gembira buat saya, yang memungkinkan saya bertemu musim luruh tahun ini juga. Doakan peluang itu tiba, In Shaa Allah =)

Episod duka, saya rasa tak perlu saya sertakan disini kerana niat saya untuk melupakannya. Tiada apa sempadan yang boleh diambil iktibar pun sebab episod duka saya tak berapa nak duka. Ingat, setiap kesusahan itu didatangkan dengan kesenangan. Jadi fokuslah kepada 'kesenangan' agar kurang rasa susah buat kita. 

Untuk menjadi yang terbaik, kena usahalah. Jangan sebab namanya 'keturunan tuan tanah' kita malas dan leka, naiknya kita kerana 'keturunan'. Tak power-lah! Biar kita ini diamanahkan kerana diri sendiri. Saya nak jadi yang terbaik sebab saya muslim. Sebab muslim itu sebenarnya hebat. 

Salam Maal Hijrah 1437H,
Dalila Nizam.
Masih di Malaysia =B

No comments: