Saturday, November 07, 2015

Clearance for take-off!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, saya bakal berlepas ke Jepun tidak lama lagi. Syukur sangat-sangat atas peluang yang diberikan oleh Allah melalui pihak syarikat. 

Perasaan sendiri

Seawal nama saya diumum sebagai 'main engineer' untuk model baru, saya sudah diberitahu kemungkinan bakal diterbangkan ke Jepun untuk 'New model training'. Sesungguhnya, peluang itu yang ditunggu-tunggu. Saya hanya bercakap tentang perlepasan ini selepas tiket penerbangan telah dibeli, risau tak jadi dan sebagainya.

Namun, semasa pengesahan untuk terbang dibuat, saya sangat sibuk dengan 'special testing'. Selesai 'testing', persediaan untuk Kempen Bumi Hijau pula menunggu. Nasib baik Fun Day ditangguhkan berikutan keadaan jerebu yang sangat teruk ketika itu..(ada hikmah juga jerebu ni). Selesai semuanya, November bertandang. Saya masih sibuk menghabiskan beberapa 'scheduled task' yang perlu diawalkan sebab ketiadaan saya di Penang nanti. Siapkan semuanya sebelum terbang, supaya yang ditinggalkan senang. Beberapa 'tugasan berat' saya agihkan kepada rakan sejawatan. Biar orang lain pula merasa, moga ada peluang untuk menyerlahkan bakat kepimpinan. Ganbate kudasai! 

Sehingga entry ini ditulis, saya mengalami kecelaruan fikiran. Excited tapi tak semangat. Semangat tapi sedang tercari-cari. haa..macam-macam lagi lah. Hanya Allah yang tahu. Bos pesan itu, ini. Begitu, begini.. 

Apa-apa pun, semakin hari, semakin berdebar. Tak sabar nak jumpa langit sekali lagi. Tak sabar nak tengok pokok hijau yang bertukar merah. Tak sabar nak memulakan perjalanan baru di Jepun. Tak sabar nak jumpa 'dulu kouhai, sekarang partner' Arai Takahiro! We learned and grew up under the same senpai.

May Allah ease my journey. May Allah ease your journey too. Yes, you..who read this entry until end. =)

No comments: