Saturday, November 28, 2015

Kisah kuli ke Jepun - Bahagian 1

18-Nov-2015 Rabu.

Ketibaan kami disambut oleh pemandu taxi sewaan khas oleh pihak syarikat. Perjalanan bakal mengambil masa sekitar 3 jam daripada Narita Airport menuju ke Chichibu yang letaknya di Saitama. Pemandu taxi mengucapkan Ohayou gozaimasu kepada kami semua, ramahnyalah..

Disebabkan kami hanya berempat dan menaiki jumbo taxi, maka kami duduk seorang satu row. Sepatutnya muatan untuk 10 orang. Sengaja Maniwa-san booking taxi yang besar, untuk keselesaan semua.

Sepanjang perjalanan, Maniwa-san menunjukkan beberapa trademark Jepun antaranya Tokyo Tower, Musashi atau lebih dikenali dengan Tokyo Sky Tree dan Taman Tema terkenal, Disney Land dan Disney Sea. Benar-benar buat saya rasa kedatangan saya ke Jepun ini adalah untuk bercuti =)

Melepasi 2 jam perjalanan, kami singgah di kawasan hentian rehat dan rawat (ala-ala RnR di Malaysia). Selepas ke tandas, kami mencari makanan yang boleh dimakan. Saya beli onigiri 2 ketul dan jus apple hijau. Harga barang sekitar 400 yen, tapi saya bayar dengan 10,000 yen. Maaf, tiada duit kecil. Tukang kedai tetap senyum menerima duit besar itu dan kemudian memulangkan baki. Oh ya, di Jepun juga ada GST sekitar 8%. Setiap harga barang ditulis dengan 2 harga, harga asal dan harga dengan tax. Semua barang dan tiada pengecualian kecuali di kedai duty free.

Tiba di Chichibu sekitar jam 11.30 pagi, kawasan kecil di kelilingi pergunungan kaya dengan budaya. Kami masuk ke lobi hotel Route Inn Chichibu. Kami diberitahu daftar masuk hanya dibolehkan selepas jam 3 petang. Beg kami tinggalkan di lobi, hanya barang yang penting sahaja kami bawa bersama. Melepak di Seibu-Chichibu station (Stesen keretapi terdekat, tak sampai 10 minit perjalanan kaki). Chong bawa saya berjalan-jalan mengelilingi kawasan sekitar pekan Chichibu.

Mula-mula kami ke stesen keretapi lama yang masih berfungsi, tiada lorong elektronik seperti di Seibu-Chichibu station. Kami kemudiannya menapak melalui lorong-lorong kecil yang menempatkan kawasan perumahan dan kedai. Uniknya di sini, walaupun kita tunggu lampu isyarat untuk pejalan kaki menjadi hijau, ada saja kereta yang berhenti dan memberi laluan. Maka kami pun melintas walaupun lampu merah =)

Gambaran musim luruh di sini..
Kami seterusnya ke Chichibu shrine. Kebanyakan rakyat Jepun adalah beragama Shinto. Kawasan ini sangat tenang, kebanyakan yang datang pun memang untuk berdoa. Sungguh, sehebat mana pun manusia, di dalam hati mereka tetap berharap kepada satu kuasa yang jauh lebih besar dan hebat untuk bergantung harap.

Di kawasan ini banyak pokok-pokok yang daunnya sudah pun bertukar warna kuning keperangan menanti luruh. Sesekali angin kuat nan damai datang menyapa, menggugurkan daun yang kekuningan. Saya hanya mampu memerhati dan merasai kedamaian itu, indah sungguh ciptaan Mu ya Allah!

Benar rasa bersyukur kerana Allah hadiahkan musim luruh buat diri ini dalam keadaan tak terjangka.

Tenang...
Perjalanan pulang ke stesen, kami lencongkan seketika ke jambatan Chichibu yang menghala ke Karin, hostel untuk warga kerja dari Malaysia sekiranya mereka memerlukan penginapan dengan kelengkapan dapur untuk memasak. We enjoying the autumn view very much, sampailah terasa ada titis-titis hujan. Kami terpaksa bergerak pulang tanpa payung di dalam hujan. Tetapi hujan di sini slow and steady. Baju tebal, tak basah pun sampai ke dalam. Sekitar jam 2.30 petang, kami duduk-duduk menghabiskan masa berbaki.

Selesai check-in, masing mahu berehat. Chong ajak saya keluar petang nanti, nak cari strawberry katanya. Sekitar jam 4 petang, hujan masih belum berhenti. Dengan payung, kami bergerak ke tempat yang dimaksudkan. Malangnya, sekarang bukan musim strawberry. Kami kemudiannya singgah di Super market berdekatan. Kami beli strawberry, grape dan sushi untuk makan petang. Siap makan, kami pulang ke hotel sekitar jam 5 petang. Suasana di sini sudah gelap gelita, maklumlah maghrib sekitar jam 4.30 petang.

"Malam ini kita cari nasi", kata Chong. Hujan punya pasal, mandi berendam macam orang Jepun dengan garam energy recharge. Sedap dan rasa segar. Masa berbaki, saya membalas mesej senpai yang saya agak masih lagi bekerja. Sengaja. Dahulu dia tak sempat langsung nak pegang smartphone dalam waktu kerja. Tetapi sekarang bila-bila masa sahaja mesej dibalas. Saya agak tempat baru jauh lebih tenang daripada sebelumnya. Lega.

Sekitar jam 8.30 malam, kami ke restoran yang berdekatan dengan hotel. Saya makan nasi dengan salmon grill. Selesai makan, masuk semula ke bilik masing-masing untuk persiapan kerja esok hari. Sibuk mengemas, iron baju, senpai bertanya plan saya sementara ada di Jepun. Saya beritahu mahu ke Osaka dan Kyoto walaupun nampak impossible. Dia kata boleh, kalau kamu ambil hotel dan bermalam di sana. Saya kata plan asal mahu ke Tokyo pada hari sabtu, naik night bus ke osaka dan tiba di osaka pada waktu subuh hari ahad. Petang ahad, pulang ke Tokyo dengan bullet train, kemudian ke Chichibu dengan express train. Mesej seterusnya buat saya rasa serba salah.

"Night bus mungkin terhad. Kamu kena booking. Esok masuk kerja, minta tolong Japanese engineer booking untuk kamu. Kamu datang untuk team mana? EMD? SLR?" - Kagara Senpai

"SLR" jawab saya pendek.

"Minta tolong pada Arai",balasnya.

Belum sempat saya membalas mesej, satu lagi mesej baru masuk.

"Saya sudah beritahu Arai. Esok cari dia dan bincang betul-betul weekend plan kamu", bernada arahan.

"Terima kasih sebab bersusah-susah", balas saya.

Malam itu, tidur dengan senyuman dengan harapan boleh bangun esok pagi seperti yang dijadualkan. Subuh jam 4.45 pagi, makan pagi 6.45 pagi dan ke kilang jam 7.15 pagi dengan kereta Arai-san.

No comments: