Sunday, November 29, 2015

Kisah kuli ke Jepun - Bahagian 2

19-Nov-2015 Khamis.

Sekitar jam 5.15 minit pagi, saya sudah siap semuanya. Sejuk, saya kembali ke katil dengan selimut tebal. Lelap dengan kebisingan pengacara rancangan pagi Oha4! (Baca: Ohayon!). Jam 6.15 pagi, saya bersiap untuk turun makan dan terus ke kilang.

Makanan yang disediakan datang dengan banyak pilihan,tapi awas bukan semua boleh dimakan. Saya ambil nasi, miso sup, telur goreng dan sayuran segar. Minuman, semestinya teh Jepun tanpa gula. Sebelum makan, Chong ambilkan gambar makanan kami untuk dikongsikan dengan rakan di Malaysia. =)


7.14 pagi, Arai-san tiba di kawasan hotel. Tanpa lengah, kami pun terus masuk ke dalam kereta. Cuaca di luar cerah dan sejuk, memang kena pakai winter jacket. Perjalanan ke kilang mengambil masa kira-kira 10 minit. Belum pun jam 7.30 pagi, kami sudah tiba di kilang. Kami berempat bergerak sekali. Dalam perjalanan, Arai-san bertanya, Kagara-san aitai (Nak jumpa Kagara-san)? Saya sekadar menganguk. "Nanti ada masa kita bincang rancangan hujung minggu kamu", balasnya lembut. Penuh sopan.

Kami dibawa ke pejabat utama sementara menunggu arahan seterusnya. Shimada-san datang menyapa Maniwa-san, bertanyakan khabar. Jadual hari ini akan bermula sekitar jam 10 pagi, menunggu kumpulan designer dari Tokyo. Belum lagi jam 8 pagi, kesemua staff sudah berada di tempat masing-masing. Team leader sudah berkumpul untuk meeting kecil. Kemudian, meeting dengan ahli kumpulan yang lain. Masa berbaki, Maniwa-san bawa kami melawat sekitar kawasan kilang termasuk sistem yang digunakan di kantin. Kami terus membeli prepaid card untuk digunakan di kantin sepanjang kami bekerja di sini.

Waktu yang dijanjikan tiba. Kami mulakan sesi dengan perkenalan kumpulan jurutera Malaysia dimulakan dengan Maniwa-san selaku penasihat dan decision maker, Nazli-san Factory Automation Engineering bertanggungjawab menyediakan mesin dan alatan, saya, Dalila selaku jurutera dan kemudiannya Chong-san juga sebagai jurutera. Sesi kemudiannya bertukar ke bahagian kumpulan initiator Jepun. Arai-san yang kebetulan di situ bertanyakan "Model in charge?" Maniwa-san menjawab, "Main in charge is Dalila-san".

Sesi kemudiannya diteruskan dengan model presentation oleh designer team leader Kawakubo-san. Sebenarnya saya dan Kawakubo sudah pernah bekerja bersama sebelum ini, terasa bernasib baik sebab sudah kenal dengan cara kerja dia. Production team in charge pula adalah Naomi-san. Dahulu dia adalah jurutera bagi model compact camera. "Sejadah sudah kami siapkan di bilik locker", katanya kepada Maniwa-san. Zuhur jam berapa? Di Malaysia jam 3 bukan? Maniwa-san memohon kepastian. Saya menjawab, di sini jam 11 tengah hari. Boleh saja solat waktu rehat antara jam 12 sehingga 1.

Waktu berlalu. Jam di tangan sudah 4.30 petang. Arai-san datang menghampiri kami, nadanya separa berbisik. Malam ini keluar makan dengan saya, tapi lewat sikitlah. Naomi-san mahu menghantar kami pulang ke hotel. Selesai sesi hari pertama, kami berkumpul di kantin jam 5.05 petang. Arai-san juga di situ menunggu Naomi-san. Sementara itu, Arai-san bertanya "nak makan apa malam ini?" Kami minta dia bawa kami makan Udon. "OK" katanya. "Lepas itu kita ke kedai buku untuk buat weekend plan", tambahnya lagi. 5.30 petang, kami pulang ke hotel dengan Naomi-san. Hari sudah pekat gelapnya.

Sekitar jam 6.30 petang, Arai-san menunggu di ruang lobi hotel. Cukup ahli (Chong, saya, abg Nazli), kami bergerak ke kedai yang dimaksudkan. Arai-san tolong translate satu-persatu menu yang dipamerkan. Selesai ambil Udon, dia suruh ambil tenpura. Boleh pilih apa-apa jenis. Sesetengahnya perlu saya tafsirkan ke bahasa Melayu sebab Arai-san pun teragak-agak nak jawab dalam English. Chong sudah sampai di kaunter bayaran. Duit sedang dihulur. "Aaa..Chong-san! Don't! Don't!"Arai-san memberi amaran untuk tidak membayar. Dia siap pesan dekat tukang kira semua kira sekali, dia yang bayar.

Selesai makan. "Shopping ikou!" kata Arai-san. Dalam perjalanan kami membuat keputusan untuk ke kedai buku dahulu. "OK, lets check on how to go to osaka. By train, bus or flight?" usik Arai-san yang menyebabkan kami gelak besar.

Seperti yang telah diberitahu kepada Kagara senpai, sabtu di Tokyo dan ahad di Kyoto. Kami ke bahagian majalah perlancongan. Arai-san satu buku, saya satu buku. "Nak pergi mana di Tokyo?" tanya Arai-san. Tokyo Sky Tree, kata Chong. Saya membelek-belek kalaulah boleh pergi ke Ghibli Studio. Arai-san tanpa lengah, terus check available ticket walaupun belum saya putuskan untuk pergi atau tidak. "Ticket fully book" katanya. Saya buka cadangan kedua, Ueno Park! "Hurm..OK!" katanya setuju.

"Sunday plan? Osaka or kyoto?" tanya Arai-san. "Ne, murisugi janai?" tanya saya kepada Arai-san. "Un..chotto..ikenai kana.." jawab Arai-san. Abg Nazli tidak akan bersama kami Sabtu nanti. Namun dia menasihati untuk tidak ke sana disebabkan masa yang terbatas. Saya sendiri pun ada rasa begitu. Arai-san pula tidak akan ikut kami pada hari ahad. Saya terus berdoa agar Allah tak izinkan jadi plan ke Kyoto ini. Kurang confident untuk ke sana. Setelah berbincang, dengan keadaan Night bus yang sudah fully book, bullet train yang mahal (sampai Arai-san kata tak payah la, mahal sangat), kami pun berputus asa.

"Sunday to Kawaguchiko Lake OK?",tanya saya. Arai-san pun menyelak helaian Kawaguchiko Lake. Terpapar gambar Gunung Fuji. "OK!" kata Chong. Arai-san tersenyum lega. Siap sudah weekend plan kami. Selesai membeli buah, kami pulang hotel. "Esok, waktu yang sama pagi tadi, Maekawa-san akan jemput kamu semua" pesan Arai-san.

No comments: