Monday, November 30, 2015

Kisah kuli ke Jepun - Bahagian 3

20-Nov-2015 Jumaat.

Maekawa-san sedikit awal. 7.10 pagi, kami sudah bergerak menuju ke kilang. Seperti biasa, melalui kawasan pejalan kaki dan berhenti seketika untuk tunduk hormat ohayou gozaimasu. Cuma pagi ini sedikit berbeza, Kuri-san menyebut "Selamat pagi". Kami tersenyum.

Hari ini kami dijadualkan untuk perbincangan assembly flow. Sebelah petang, kami akan masuk ke bahagian pembuatan untuk product disassemble method. Sedang bergosip menunggu kedatangan yang lainnya, Arai masuk menyelinap dengan menunjukkan imej capsule hotel di i-phone. Saya dan Chong menunjukkan tanda setuju, harga sekitar 2700 yen semalam. Sempat lagi kan?

Rancangan berjalan lancar. Sebelah petang, kami berada di DD (design development) area yang letaknya di bahagian manufacturing. Arai yang kebetulan meeting di bahagian lain berdekatan dengan kami nampak tak senang duduk. Dok lawan membesarkan mata, padahal mata kecik. Lawak.

"Today dinner together, na!" katanya ketika merapati kami. Kami menunjukkan isyarat OK. "Best kan macam ni. Hari ni nak makan apa pula?" tanya Chong kepada saya. Saya tersenyum. Pulang dari kerja dengan Maniwa-san, kami tukar baju untuk keluar dinner. 

Dalam perjalanan, Arai kata hari ini kita makan okonomiyaki. "Benda baru untuk Dalila.." kata Chong. Saya tersenyum. Tiba di kedai, kami keluar dari kereta dengan jacket. Arai kata nanti berbau, tinggalkan sahaja di dalam kereta. Dekat dalam kedai tak sejuk. Begitu juga Arai. Jacket dan t-shirt kerja ditanggalkan. Tinggal baju heat-tech yang ala-ala t-shirt pagoda sahaja. Tanaka-san dan Maekawa-san baru tiba. "Eh, tak melampau sangatkah Arai dengan pakaian begitu?" tanya Tanaka-san. "Nanti busuk.." jawab Arai mempertahankan tindakan.

Arai dan Tanaka-san sibuk menjadi tuan rumah. Jemput masuk, pilih meja dan menu. Saya menjadi juri kandungan makanan mana yang boleh mana yang tidak. Sesekali menjadi penterjemah Melayu, sesekali penterjemah Jepun. Yang penting komunikasi itu berlangsung. 

Pesanan minuman. 

"Chong-san, beer?" tanya Arai.
"Un! OK. Arai-san also?" Balas Chong.
 Arai menunjukkan isyarat 'memandu', "cannot!" balasnya pendek.
"Dalila-san wa? Soft drink? Juice?" mencari kepastian.
"Juice onegaishimasu. Orange juice" jawab saya.
"Nazli-san?" 
"Juice" jawab abg Nazli pendek.

Sudahnya semua minum soft drink dan juice kecuali Chong. Orang Jepun memang tak minum arak jika mereka memandu. Semudah itu.

Arai dan Tanaka-san sibuk memesan makanan. Shimada-san dan Kawakubo-san tiba. Penuhlah sudah meja makan malam kami. Meja masak ada 2. Tukang masak ikemen, Arai (ikemen tu Tanaka-san yang kata) dan tukang masak Tanaka akan memulakan masakan. Dari segi cara masak, saya nampak Arai jauh lebih natural berbanding Tanaka-san. Bahan-bahan sudah siap di atas dapur, sementara menunggu masak kami berborak tentang kawan-kawan kami di Malaysia. Maaf terlupa nak ambil gambar sebab kami sibuk bergelak ketawa dengan telatah jurutera yang dah bertukar jadi tukang masak.

Habis okonomiyaki, mereka order bahan untuk buat yakisoba pula. Gambar ini dirakamkan oleh Chong, cooked by Arai. Siap pesan, jangan ambil gambar badan ke atas sebab tak pakai proper shirt.

Siap yakisoba, takoyaki pula dimasakkan. Takoyaki lebih susah untuk dimasak. Kena pakai 2 orang. Seorang tukang bubuh tepung, seorang tukang bubuh tako (sotong). Tako by Tanaka-san translated as octopus leg. Membuatkan aku dan Arai gelak besar sampai letih. Maekawa-san tukang bubuh tepung, Arai bubuh tako. Lagi sekali kacau bilau bila dua-dua orang ni tak synchronize step masing-masing. Kami yang tengok, menjadi tukang gelak.

Dari kiri: Chong, Arai-san, kawakubo-san, Nazli, saya, Tanaka-san & Shimada-san.
Belakang: Maekawa-san
Jeng! Terhasillah Takoyaki made by camera engineer. Time nak makan, jangan tertipu. Luar mungkin dah sejuk tapi dalam masih berasap. Panas!

Sebelum pulang, kami adakan sesi bergambar. Kot-kot nanti terlupa nak rakam kan.. Enjoy sangat makan malam tu. Thanks Guys!

No comments: