Monday, November 30, 2015

Kisah kuli ke Jepun - Bahagian 4

20-Nov-2015 Jumaat, Malam.

"How do you contact with Kagara-san?" tanya Arai.
"By hotel WiFi! If phone, only dalila-san roaming. Contact by Facebook!" balas Chong.
"Eh, Dalila roaming? Mahal tau.." kata Abg Nazli.
"Saya guna pre-paid, no choice! Auto roaming. By the way, tak guna tak kena charge" jelas saya.
"Jaa..tomorrow give me your phone number na. I will give my pocket WiFi to you, use for this weekend" jelas Arai panjang.

Lucky enough. Sebelum berlepas miss Su minta saya sewa pocket WiFi ketika di Jepun. Murah dan convenience, katanya. Tapi Allah kata, tak payah sewa. Ada hambanya yang akan bagi pinjam =)

Dalam perjalanan pulang ke hotel, Arai beritahu kami esok ke Tokyo dengan kereta. Di Tokyo baru guna train untuk ke tempat-tempat lain.

Saya bermonolog sendirian. Asalnya mahu jumpa Kagara-senpai di Shinjuku Station, tetapi Arai pula nak bawa kereta. Sedikit sukar untuk ke sana. Nanti sajalah fikir, pujuk hati ini. Kata Chong, tak payah jumpa pun tak apa. Tapi itu Chong, saya tetap mahu jumpa dia.

Sebelum tidur, saya mesej Kagara-senpai. Memberitahu yang esok kami akan ke Tokyo dengan kereta Arai. Nak jumpa macam mana pun, entahlah. Namun dia kata kita akan jumpa. Nanti dia contact Arai. Kadang-kadang terasa saya ini seperti kanak-kanak yang semuanya mesti disuapkan. Terima kasih, senpai.

21-Nov-2015 Sabtu, Pagi.

7.15 pagi, Arai sudah tiba di perkarangan hotel. Segak dengan jacket berwarna dark blue. Dia memberitahu kami yang dia gagal menempah hotel. Fully booked. Kebetulan minggu ini adalah minggu yang mempunyai cuti bersambung sehingga isnin, memang biasanya fully booked. Saya dan Chong, kami masing-masing faham perasaan Arai. "Takpa, dalam perjalanan nanti kita fikir", kata saya. Ia sudah biasa, lumrah seorang bag packer. Akal contingency plan itu sangat-sangat penting.

Arai masih susah hati. Balik sajalah ke Karin malam ini, katanya. Kami berdua menggelengkan kepala tanda tidak mahu. Mana tidaknya, perjalanan daripada Shinjuku ke Chichibu sudah memakan masa sekitar 2 jam, bilik di Karin juga sudah dibatalkan tempahannya. Kalau tak dapat tempat, kami tidur di Haneda Kuukou sajalah, kata saya. "Kuukou? Dame. Dame! Abunai", balas Arai. "But we used to sleep in airport, Arai-san" kata Chong. Otak saya masih lagi ligat berfikir. Oh ya, zaihasri, kenalan Malaysian yang kini tinggal di Tokyo. Dia juga menjalankan operasi Guesthouse dan tour guide untuk warga Malaysia yang datang ke Jepun. "I ask my friend's house na.." kata saya meminta persetujuan. "Contact first" kata Chong, tanda setuju.


30 minit berlalu, jam di tangan menunjukkan jam 8.03. Kami telah pun keluar daripada Chichibu, memasuki highway yang menghubungkan Tokyo dengan Saitama. Suasana berkabus tebal. "Belum dapat reply?" tanya Arai. Masih susah hati. Selang beberapa minit, Zaihasri memberi respond. Ada kekosongan di rumahnya. 1 bilik untuk Chong. Saya akan share bilik dengan isterinya. "Saya kata, OK. Boleh jugak buat teman bersembang!" mengakhiri perbualan. "Tempat tidur settled!" kata saya kepada Chong. Begitu juga Arai. Wajah leganya kelihatan.




Memasuki kawasan Tokyo. Lama saya tenung bangunan di sebelah kiri saya. "Bentuk macam dragon ball city" kata saya. "Gases company" jawab Arai ringkas.

Jalan sudah mula sesak di sekitar kawasan. Jam sudah pun 9 pagi. Langit cerah, tidak seperti di Chichibu yang sedikit mendung. "Kita parking kereta di rumah saya dahulu ya!" kata Arai.


Tiba kawasan perumahan, kebanyakan rumah dibina dengan reka bentuk sendiri. Ada yang dua tingkat. Ada yang tiga. Ada juga yang empat. Kagum. Disebabkan harga tanah yang sangat mahal di Jepun, warganya membina rumah meninggi ke atas. Rumah Arai sendiri 3 tingkat. Tapi saya rasa, jika dibandingkan dengan saiz rumah di Malaysia, hatta rumah kos rendah sekali pun, saiznya jauh lebih besar daripada rumah di Tokyo. Arai minta tolong saya untuk tengokkan ruang lebihan dibelakang kereta, risau terkena tiang. Ruangan parking kereta hanya dirantai tanpa sebarang kunci. Mudah. Tapi bila nak masuk rumah, kena guna pass key. Canggih! "Tunggu sebentar ya!" kata Arai. Mahu jumpa ibu bapa di atas barang kali.


Saya dan Chong memerhati kawasan kejiranan itu. Jalan yang sempit, betul-betul muat satu kereta sahaja, dan jalannya sehala. Kami membelek bunga-bunya yang ditanam di depan rumah. Segar dan bewarna-warni. Chong merakamkan beberapa gambar untuk tatapan isterinya. "My wife suka tengok bunga macam ni" katanya.

Kurang daripada 5 minit berjalan kaki, kami telah sampai ke stesen keretapi. Saya hilang ingatan akan nama stesen yang diberitahu Arai. Tak apalah, nanti kalau datang lagi, saya tanya dan ingat =) Dari situ, kami bergerak ke Tokyo Sky Tree melalui Asakusa. Arai dengan train map di i-phone, saya juga begitu. Sempat memuat turun application untuk Japan Rail. Saya perlu belajar tentang sistem train di sini memandangkan ada niat untuk ke sini lagi selepas ini. Saya minta bantuan Arai. "Muzukashii.." katanya separa merungut. "Romaji desukara ne.." kata saya, memahami. Dia tersenyum.

9.45 pagi. Kami tiba di Tokyo Sky Tree. Cuaca cerah dan angin bertiup lembut. Damai dalam sejuk. Relax. Kami sibuk bergambar, terutamanya Chong. "Based is triangle, but on top become circle. Height is 600 ++ meter", kata Arai memberikan maklumat. Kami masuk beratur untuk mengambil coupon ticket hari ini. Alamak..hari ini sekitar jam 1 ~ 3 petang baru boleh naik, sebab terlalu ramai. Kata Arai, kalau naik atas tak dapatlah ke Ueno park. Pilih salah satu sebab tak kan sempat nak cover both. Saya dan Chong memilih untuk ke Ueno. Mungkin lain kali kita naik Tokyo Sky Tree (memang nak datang lagi la ni..)


Arai ajak kami masuk ke bahagian kedai yang ada di Tokyo Sky Tree. Mula-mula makan aiskrim. Nak bayar, dia kata jangan. Sebab sangat mudah bagi dia untuk membayar. Touch n Go sahaja wallet tanpa perlu membuka. "See..easy!" katanya. Berlagak. Saya memilih Matcha milk + sesame cone. Aiskrim matcha di sini sedap. Tidak manis seperti di Malaysia. "Matcha kedo amai.." kata Arai menyimpulkan rasa aiskrim matcha di Malaysia apabila saya bercerita. Sesame cone bewarna hitam itu kelihatan unik. Sebenarnya saya sendiri kurang pasti 'sesame' dalam bahasa Melayu biarpun selalu terdengar perkataannya. Namun apabila kon hitam digigit, oh..rupanya bijan! "Strong flavour na!" kata Arai kepada saya. Selesai makan, kami pusing-pusing melihat kedai yang ada. Ada kedai 'Fake Food', senang cakap makanan yang biasanya dibuat untuk display di kedai-kedai. So real! 


Kemudian kami terpesona dengan satu kedai. Kedai ini menjual hand made candy dengan bentuk yang susah terutamanya haiwan. Lama kami di kedai itu. 


Pekerjanya sangat mahir mengukir gula panas menjadi bentuk yang mereka mahu, contohnya arnab ataupun burung. Kata Arai, ambillah gambar. Video sahaja yang tidak dibenarkan.

Kata saya, kalau beli, nak makan pun sayang! Beberapa kali perkataan 'Sugoi' keluar daripada mulut saya mahu pun Arai. Chong terpesona tanpa sebarang kata, cuba memahami bagaimana menghasilkannya.

Dari situ, kami melihat koleksi Star Wars dan kemudiannya melalui kedai coklat yang sangat meriah. Arai mengajak kami ke kedai yang digemarinya. Tanpa memberi tahu kedai apa, kami mengikut. Dia perkenalkan nano block kepada kami. Katanya hobi, banyak yang sudah dibelinya. Hobi baru yang unik. "Buy for me" kata Arai ketika menunjukkan 2 karakter daripada kartun terkenal Pokemon. "OK. Take what you want" balas saya. Saya ke satu sudut berlainan. Space Launcher itu begitu menarik perhatian. Saya pegang untuk tengok harganya, sekitar 2000 yen. Arai di sebelah menunggu. Saya pusing, dia menunjukkan 2 bungkusan yang telah dipilihnya. Kami bertentangan. Saya hulur tangan, tanda meminta bungkusannya untuk dibayar. Dia sorokkan tangan yang memegang bungkusan itu ke belakang sambil menggelengkan kepala. Tangan yang satu lagi dihulur ke depan, meminta kotak yang saya pegang. Giliran saya pula menyorokkan kotak yang saya pegang sambil menggelengkan kepala. Kami ketawa besar. Chong sudah siap membayar, tak faham dengan apa yang berlaku antara kami.


No comments: