Monday, November 30, 2015

Kisah kuli ke Jepun - Bahagian 5

21-Nov-2015 Sabtu, Petang.

Dari Tokyo Sky Tree, kami menghala ke stesen Ueno di mana letaknya Ueno park dan zoo. Ketika di dalam train, Arai memaklumkan kepada saya yang train ke Kawaguchiko hanya ada 1 trip sahaja untuk esok. Jadi, turun nanti, kita kena beli tiket siap-siap. Takut fully booked, nanti kena berdiri pulak. Perjalanan ke sana lebih kurang 2 jam. Tiba di Ueno, kami terus ke JR ticket counter. Arai memilih destinasi. Train akan bermula dari Stesen Shinjuku dan berakhir di Stesen Kawaguchiko. Sedikit jauh jika dikirakan daripada tempat kami bakal menginap, tetapi pasti dapat duduk. Itu yang dia ambil kisah. Harga tiket sekitar 4000yen, pergi-balik menggunakan Chuo Line-Limited Express.

Ueno park in autumn
Tiket sudah siap dibeli, Arai memaklumkan kepada saya untuk keep alert dengan waktu. Jangan sampai terlepas esok pagi. Malam ini dinner dengan Kagara-senpai di shinjuku. Hampir semua maklumat train telah siap dipastikan dan dihantar kepada saya melalui applikasi Line. Nasib baik ada Chong, boleh juga buat memastikan stesen dengan tulisan kanji yang saya kurang pasti. Melintasi jambatan besar menghala ke Ueno, hari semakin panas. Sambil berjalan, jaket kami tanggalkan. Tak berapa sejuk, sedap-sedap sahaja.

Tiba di Ueno, Chong sudah kelaparan. "Jom cari makan" ajak Arai. Kami ke gerai yang banyak di
hadapan pentas yang menempatkan Samurai Festival. Pusing sana-sini. "Chong, you pilihlah nak makan apa. I ada bekalan tenaga yang banyak" kata saya memuaskan hati mereka berdua. Saya tahu mereka sedang susah memilih makanan disebabkan saya. Chong dan Arai membeli ayam goreng dengan sos manis dan pedas. Kami mengambil tempat di bawah pokok untuk rehat dan makan. Arai suruh saya duduk sambil dia masih berdiri. Selepas meletakkan bag pack, saya duduk. "Tsukareta?" tanya Arai. Saya mengangguk sambil meneguk air teh hijau dari botol. "Demo tanoshikatta!" kata saya tersenyum. Saya buka beg dan ambil bungkusan kecil biskut oat. Arai ambil satu. Saya kemudiannya makan kit kat 2 bar, sempat sampai malam, In shaa Allah. Muslim traveller, beginilah gayanya.

Selesai makan, Arai hantar kami sehingga pintu zoo selepas tiket dibeli. Sampai begitu sekali layanan dia. Harga tiket 600 yen. Siap pesan, jam 5 bergerak ke Shinjuku untuk meet Kagara-san. Jangan lambat dan berhati-hati. Pastikan passport bersama kamu. "If anything happen, call me!" katanya mengahkhiri nasihat.

Saya dan Chong berjalan dengan merujuk peta di tangan. Jom tengok Panda. Yang ada di Malaysia pun belum tengok, tengok yang Jepun punya dululah. Di sini ada 2 ekor panda. Tapi sebab panas, panda pun malas nak beraksi. Tidur. Lainlah di Malaysia, tempatnya sejuk..ehehehe.

Daripada sebesar-besar haiwan sehingga ke yang paling kecil sehingga anak-anak Jepun pun tak nampak. Jadi saya tolong tunjukkan. Meriah dengan kanak-kanak di sini. Itu belum kira yang dah mula meragam sebab penat berjalan. Besar sungguh kawasan zoo di sini.


Dari panda, membawa ke Gorilla. Saya dan Chong sama-sama excited. Belum pernah tengok sebelum ini. Kesempatan yang ada kami gunakan, menyelit di kalangan pengunjung. Tiada gambar yang mampu saya rekod, kecuali perbezaan saiz tengkorang antara gorilla dengan manusia.


Kami kemudiannya ke bahagian hidupan air. Ada penguin, singa laut dan macam-macam lagi. Sampai tahap yang tak dapat nak faham lagi dah.

Kami habis melawat zoo sekitar jam 4 petang. Berehat sebentar sambil menonton persembahan majik di kawasan park, kami kemudiannya membuat keputusan untuk bergerak ke Shinjuku station. Kami risau sesat, terlepas train dan sebagainya, maka biar sahaja kami tiba awal di sana.

Tiba di Shinjuku, masa masih berbaki sekitar 1 jam sebelum meeting time jam 6.00 petang. Kami berjalan mengelilingi kawasan sekitar Shinjuku station. Terlalu ramai orang ketika itu, langit pula sudah bertukar gelap. Hairan, entah apa yang ada di sini. Deretan kedai dengan 'Duty free zone' mungkin tarikan utama di sini. Nak membeli makanan, sekejap lagi nak makan. Kami kemudiannya naik semula ke bahagian pintu utama sebelah South. Kami dapatkan tempat duduk sementara menunggu Kagara-senpai.

Belum pun jam 6, Kagara-senpai sudah di lokasi yang janjikan. Saya hampir berlari menuju ke arahnya. Dia senyum lebar. Kata Chong, kenapa makin kurus? Dia tersenyum. 

"Oshigoto taihen?" tanya saya. 
"Un!" tersenyum manis sambil mengangguk-angguk.
"Demo genki sou!" tambah saya.
"Ne!" balasnya pendek penuh senyuman.

Berbunganya hati hanya Allah saja yang tahu. Terima kasih atas keizinan pertemuan ini. Kagara-senpai ajak kami makan di restoran halal sekitar Shinjuku. Saya tahu dia buat sedikit homework tentang itu. Katanya kalau nak makan sushi, di Chichibu pun boleh makan. Jadi kita ke restoran Karachi. Di situ saya tahu, yang diraikan ialah saya. Saya tersenyum melihat dia. Lega. 

Dia sibuk bercerita tentang kehidupan barunya di Kasukabe. Katanya tidak sesejuk Chichibu. No freezing in Kasukabe. Saya faham bagaimana rasanya di Chichibu, sejuk! Hidangan yang kami pesan tiba. Roti nan dengan beberapa jenis kari. Dari yang manis sehingga yang pedas. Kagara-senpai ketawa besar bila tahu saya sendiri kurang makan pedas. Katanya ingatkan semua orang Malaysia makan pedas, rupanya tidak. "Yang kuat makan pedas tu Chong!" kata saya mengesahkan. 

Selesai makan, Kagara-senpai menghantar kami ke Keio line. "Oshigoto ganbatte ne. Watashi mo ganbaru kara!" kata saya ketika mahu berpisah. "Mata ne" katanya dengan senyuman lebar. Bye-bye!

No comments: