Saturday, November 28, 2015

Pre-loaded: Kisah kuli ke Jepun

Beberapa hari sebelum keberangkatan saya ke Jepun, saya banyak menghabiskan masa dengan berfikir. Macam-macam perkara bermain difikiran. Mencari suatu titik fokus kepada 'apa yang mahu saya jumpa di Jepun'. Perbualan lebih sehari itu bersama-sama Rubi-chan menyebabkan saya membuat keputusan untuk menamakan kisah saya ke Jepun ini sebagai 'Kisah kuli ke Jepun'. Saya bertanyakan kepada Rubi-chan, perlukah saya memberitahu Kagara senpai tentang kepergian saya ke Jepun. Jawapan Rubi-chan, perlu. Jangan dia tahu dari orang lain, kecil hati nanti.

16-Nov-2015, Isnin, malam.

Saya temankan mak membeli roti canai. Sementara dia menunggu pesanannya siap, saya genggam erat smartphone dan menaip sesungguh mungkin. 

"Kagara senpai. I will be in CEI on 18.Nov ~ 26.Nov for new model training. How I wish to meet you there, at least to say Thank You." Send through facebook messenger. Disebabkan kekurangan confident, saya delete messenge tadi. 10 minit berlalu, ada bunyi new messenge masuk. Daripada Kagara senpai. Tak sangka!

Saya sedikit terkedu. Membaca dengan berhati-hati, maklumlah kurang pandai lagi dengan bahasa Jepun ini. Bagi mereka yang benar-benar memahami (tulisan yang rumit disebelah ini), terasa how care is him walaupun sudah tidak berkhidmat di Canon lagi. 

Yup, dia adalah senpai yang bertangungjawab drag saya masuk ke kancah SLR. Orang Jepun terawal memberi kepercayaan kepada saya untuk terus berusaha di sini. Terima kasih.



17-Nov-2015, Selasa, malam. 

Tiba di KLIA, saya lancarkan tema perjalanan kerja-sambil-bercuti saya sebagai #kisahkulikejepun untuk memudahkan saya review dikemudian hari. Terima kasih kepada yang mendoakan keselamatan saya sepanjang perjalanan yang mengambil masa kira-kira 7 jam. Dari Penang, kami berempat. Maniwa (Japanese, GM), Nazli (Malaysian, AM), Chong (Malaysian, AM) dan saya (Malaysian, Engineer). Sepanjang perjalanan, semuanya berjalan lancar. GM bertanyakan kepada saya kali ke berapa ke Jepun? Jawapan saya, "First time". Lalu kata bos, kenapa kamu sampai boleh bertutur bahasa Jepun? Sebab suka la..jawap saya selamba. Dia sekadar senyum, tahu saya memang sedang belajar bahasa ibundanya itu.

No comments: