Friday, December 25, 2015

End of year 2015

4.05 pagi, 13 Rabiul awal 1437H.

Masih belum lena. Mungkin juga siang tadinya sudah tertidur lama. Entah. Sejak pulang daripada Jepun tempoh hari, saya kurang rehat. Jadual yang dirasakan OK itu rupanya tight, sesekali sesak nafas dibuatnya. Hampir hari-hari juga pulang ke rumah jam 9 malam. Dah sama macam Arai di Jepun, baru sekarang benar-benar faham. Bila dah nak siap-siap untuk tidur, teringatkan kerja yang belum siap. Ya Allah, mudahkan urusan ku esok hari, bisik hati ini. Walaupun diri mengerti, jangan diminta mudahkan urusan sebaiknya mohonlah diberi kekuatan untuk menghadapi hari esok dengan lebih baik. Bila dah tidur, mimpi pula. Mimpi kerja, mimpi kehidupan aman dan tenang di Jepun, mungkin sebenarnya akal dan fikiran masih belum boleh menerima hakikat, aku sudah di Malaysia. Begitulah silih berganti. Hari demi hari. Sebulan sudah berlalu.

Kami cuti panjang. 10 hari, bermula 24-Dec-2015 sehingga 03-Jan-2016. Masa berehat yang sesuai. Kata mak, nak ke Langkawi nanti janganlah kalut-kalut. Cuti bersantai, tak ada apa yang dikejar. Relax, alhamdulillah punya emak yang sangat memahami. Sebenarnya saya sendiri belum siapkan plan jalan-jalan ke Langkawi kali ini. Mungkin hentam saja-lah jawabnya nanti.

Yang saya sibukkan sekarang ini adalah rancangan ke Jepun tahun hadapan. Masih dalam draf awal walaupun cuti telah saya book sebelum cuti tempoh hari. Terima kasih juga buat rakan sejawatan di Jepun yang memahami. Mereka kosongkan jadual kerja pada tarikh yang saya maksudkan. Inilah target yang perlu saya lunaskan bagi tahun 2016.

Menoleh seketika dalam 2015

Perjalanan saya penuh liku dalam warna-warna ceria. Alhamdulillah, saya mengembara jauh ke Korea dan Jepun. Dengan kedua-dua negara memberikan layanan yang sangat baik. Namun saya lebih tertarik dengan layanan yang saya terima di Jepun.

Kata Shida, ko tak perasan ke kadang-kadang sengaja Allah mudahkan laluan ko ke sana? Everything is so smooth..mungkin ada peluang yang bakal dicipta untuk ko. Siap tahu? Yes, my dearest friend. I hope, my future life is there. Saya sebenarnya masih mencari ruang untuk diri sebagai da'i. Anda yang membaca, saya mohon doakan impian saya menjadi kenyataan.

Ada beberapa perubahan yang saya rasakan significant dengan kemahiran saya ketika ini. Salah satunya kemahiran bahasa Jepun saya menurun sebab bertukar guru. Bila dah bertukar guru, maka cara belajar sedikit sebanyak bertukar. Tambahan dengan leveling yang dibuat memandangkan percantuman kelas mid-beginner, sudah banyak rules yang saya lupa.

Saya juga telah menilai semula manusia disekeliling saya. Maaf, saya juga manusia biasa. Terkadang sikap non-judgemental memakan diri. Selepas apa yang berlaku, saya cuba untuk lebih professional dalam melaksanakan tugas. Maaf andai ada hati yang terasa, ada diri yang mendapat susah hasil kerja professional saya.

Buat staf atasan yang bagi green light untuk saya melalukan sesuatu tanpa melalui anda semua amat saya hargai. Saya akan buat yang terbaik dengan peluang yang diberi. Terima kasih atas ruang, laluan dan kepercayaan yang diberikan.

Dear 2015, thanks for every single things happened in my life. May Allah ease my journey and give me more strength to face the challenge of 2016.

No comments: