Saturday, December 05, 2015

Kisah kuli ke Jepun - Bahagian 10

25-Nov-2015 Rabu.

6.45 pagi waktu tempatan, Route Inn Hotel Chichibu
Selamat pagi Chichibu! Hari-hari saya dapat melihat keindahan pergunungan Chichibu daripada tingkap bilik. Indah, tak terjelas dek kata-kata. Begitu juga indahnya pemandangan sekitar kawasan kilang. Mendamaikan jiwa. 

Siap sarapan, kami menunggu Arai di hadapan hotel. Hari ini lebih sejuk daripada biasa. Sudah di akhir november, menandakan musim baru bakal menyusul.

Saya dan Chong masih perak dengan asap yang keluar apabila bercakap. Tiup sana sini. Abg Nazli tersenyum melihat gelagat kami. Kereta Arai tiba, kami cepat-cepat menaikinya. Morning! "Today more cold" kata Arai. Dia juga berjaket. Tiba di kilang, kami tak tahu nak ke mana. Meeting hari ini dijadualkan jam 10 pagi. Arai sudah ke pejabat. Kami masuk ke bahagian bilik mesyuarat. Beg kami tinggalkan di bilik itu begitu juga dengan jaket. Masih belum jam 7.45 pagi. Chong ajak saya beli air di vending machine berhampiran.  5 minit berlalu, Arai datang memaklumkan kepada Abg Nazli, pagi ini duduk di pejabat utama dahulu. Jam 10 baru bergerak ke meeting room. Kami nampak kelibat Arai melintasi bilik mesyuarat. "Samui desu kara, haitte! [Sebab sejuk, masuk!]" kata Arai separa jerit dari jauh. Kami tunjuk tanda sedang membeli air. Cepat-cepat, kemudiannya masuk ke pejabat utama. 

7.50 pagi, semua team leader berkumpul untuk meeting. 8.05 minit, mereka sudah siap meeting dengan anak buah masing-masing. Pagi ini kami ada demo untuk reliability checker dan beberapa item lain berkaitan equipment. Maniwa-san ajak kami melawat ke bahagian pembuatan blade di tingkat bawah. 

Jam 10.00 pagi, kami bergerak ke meeting room 2. Kami mulakan dengan demo PI checker oleh checker designer. Kemudian giliran saya, equipment & jig presentation. Ketaq lutut, tapi  kena buat juga kan? hehehe. Dah siap, kami rehat tengah hari. Selepas rehat, isu-isu berbangkit kami bincangkan. Kemudian, training closing. Sekian, cukup-cukup jam 5.00 petang.

Jumpa di restoran BBQ jam 6.30 malam kata mereka. Kami pulang dengan Maniwa-san, dan akan terus ke restoran. Masa berbaki, kami ke kedai kaca mata. Tempahan Maniwa-san sudah siap. 1 minggu sahaja. Kemudian, dia bawa kami shopping di Daiso. Kat sini Daiso dia lain sikit, kami cari barang yang tak ada jual di Malaysia. Harga barang 100 yen + 8 (gst 8%) = 108 yen @ RM 3.70. Daiso di Malaysia RM5 + 0.30 (gst 6%) = RM5.30 @ 156 yen. OK, Malaysia win!

6.35 malam, kami tiba di kedai yang dimaksudkan. Kami ambil tempat masing-masing. Bahagi 2 tempat. "1 side smoking, 1 side no smoking" kata Tanaka-san. Yang merokok adalah senior staff berusia lebih daripada 40. Bawah 40, tidak. Kecuali Inoe-san, yang katanya dah setahun berhenti merokok. Tahniah Inoe-san. Tanaka-san bertanya, ada sesiapa nak order minuman keras? Semuanya geleng kapala. Tidak. Jadi kenalah bangun dan ambil sendiri untuk ambil air minuman di drink bar. Saya hanya pesan pada Chong. Malas sudah nak bangun dan pakai kasut. BBQ seafood dan sayur. Memang sihat sangat ni! Yang lain sebab tak boleh makan, tak sembelih. 

Kami sembang, merapu dan melawak. Arai tiba lewat disebabkan ada English test. Hampir tak lalu makan sebab test. Saya faham perasaan itu, sebab saya dahulu juga begitu ketika sit JLPT exam. Selesai makan, Maniwa-san minta saya buat ucapan ringkas mengenai training di sini. Saya nak cakap banyak benda, tapi ayat yang perlu saya atur banyak. Sampai tahap, guna English lagi senang. Tapi Maniwa-san mahu saya bertutur dalam bahasa Jepun. Saya geleng-geleng tanda tak boleh. Cuma saya cakap, saya benar-benar seronok bekerja di sini. Kemudian, Chong dan akhirnya Abg Nazli. 

Arai sempat bertanyakan nombor telefon pejabat di Malaysia. Nanti saya hubungi kamu, kita sama-sama improve bahasa Jepun kamu, katanya tenang. "Yoroshiku onegaishimasu" balas saya. "Talk to me also" kata Shimada-san. Maniwa-san beri izin untuk saya buat direct call andai ada apa-apa masalah di Malaysia selepas ini tanpa perlu melalui bos sendiri.

Kami akhiri pertemuan kali ini dengan ucapan terima kasih. Terutamanya kepada Arai yang bersusah-susah dan selalu risaukan kami. Tak terbalas budi. Itu pun dah siap tanya, bila lagi nak datang sini (Jepun)?. "Kamu nanti datanglah ke Malaysia" kata saya. Arai mengangguk-angguk.

Semoga bertemu lagi nanti.

No comments: