Saturday, December 05, 2015

Kisah kuli ke Jepun - Bahagian 11 [Tamat]

26-Nov-2015 Khamis.

Kami tiba di Narita Internation Airport jam 7.20 pagi waktu JST. Lepak-lepak sementara menunggu kaunter buka untuk check-in. Kata Maniwa-san, selepas check-in kita shopping lagi di tingkat atas. Tahu saya sedang mencari omiyage yang dipesan oleh rakan. 

Menariknya di sini, waktu gate open adalah 30 minit sebelum waktu berlepas. Waktu gate close tidak dinyatakan. Nampak betapa dasyatnya pengurusan waktu di sini. Ia menandakan mereka tak mungkin lewat. Saya sempat call Malaysia, beritahu kami akan bertolak ke Malaysia sedikit masa lagi. "Jumpa malam nanti" kata saya.

Saya dan Maniwa-san makan onigiri sebagai alas perut sementara waktu makan di dalam kapal terbang nanti. Chong dan Abg Nazli sempat lagi belasah udon dan soba.

Saya tinggalkan Jepun dengan pengalaman baru. Episod baru dalam hidup, dan berharap dapat ke sana lagi selepas ini. Feel like returning home sebab semua orang tak layan kita macam orang asing. Akhlak terbaik untuk dicontohi. Melihatkan layanan terbaik yang saya terima selama berada di Jepun membuatkan hati saya tertinggal di sana. Saya pulang dengan jasad dan roh baru. Terima kasih atas setiap pujian, semoga kita sama-sama beroleh kebaikan.

Di sana, masa bekerja, kerja betul-betul. Habis halal gajinya. Sampai kilang jam 7.30 pagi, pulang rumah jam 6.00 petang, padahal gaji dikira daripada 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Kerja tak ada punch card! Jika melihat kita sedikit susah, ada saja tangan-tangan yang ringan membantu. Belum kira yang berlumba-lumba menolong. Mereka cukup prihatin dengan keadaan sekitar. Sebab itu, railway tak perlukan gate pun. Tak ada pula kes kemalangan dilanggar keretapi. Apa sahaja yang mereka buat, fikirkan juga bagi kemudahan orang lain. Sungguh saya temui nilai islam di negara matahari terbit ini. Semoga Allah merahmati mereka dan mereka mahu menerima islam kelak.

Merindui dedaun yang sudah bertukar warna
menanti gugur. Begitulah lumrah perubahan.
Kisah kuli ke Jepun

Semua gambar yang saya rakamkan sepanjang perjalanan ke Jepun saya kongsikan melalui akaun Instagram milik saya dengan #kisahkulikejepun. Beberapa bulan lalu, saya ditampar dengan statement seorang hamba Allah (semoga dia terus dirahmati Allah) yang lebih kurang berbunyi..

"...n 1 more thing jgn nk bangga sgt ngn jepon..kuli je pon kat canon tu.." 

Statement yang membuatkan saya terfikir, betul juga. Memang kuli pun. Tapi selama 5 tahun berkhidmat, saya tak pernah terasa seperti kuli. Saya dilayan seperti anak sendiri oleh staf atasan. Saya tak pernah dimaki hamun, malah bos juga tak pernah meninggikan suara. Itu yang menyebabkan saya rasa bukan kuli.

Tahun demi tahun, saya diberi ruang mengembangkan ilmu kejuruteraan. Dan selepas 5 tahun ini, saya diberi amanah yang jauh lebih besar. Ini kali pertama saya dilibatkan sedari awal dengan projek baru dan keputusan hampir 90% dibuat oleh saya. Bos tolong semak dan luluskan sahaja.

Saya terasa seperti mahu counter-attack, maka itu saya gunakan #kisahkulikejepun. Pun begitu, saya tiada apa-apa dendam terhadap beliau. Kalau saya kuli, dia juga kuli. Sama-sama makan gaji. Kalau pun dia ada perniagaan sendiri, dia juga kuli. Apapun, di dunia ini, cara kita melihat sesuatu akan reflek kepada kita juga. Sisi negatif, sisi positif, dua-dua pun akan terpantul kepada kita semula. Jadi, terserah masing-masing. Saya juga tak punya banyak masa untuk memohon agar orang-orang disekeliling saya berubah. Andai mereka tak mahu berubah, tak boleh berubah dan banyak lagi 'tak-tak' yang lainnya, saya hanya mampu diam. Orang tak akan berubah, jadi kita dahulu ubah. 

Saya mahu untuk terus membaiki diri dan menjadi muslim yang lebih baik. Mungkin tak boleh repair iman di negara sendiri, maka Allah hantar saya belajar menjadi muslim di negara asing. Sekian dahulu perkongsian saya buat masa ini, saya tutup kisah kuli ke Jepun dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim wa alhamdulillah.

*Tiba di Penang jam 10 malam, cepat-cepat siapkan uniform, esok (Jumaat) kena masuk kerja. Tak siapa pun bercuti. 

3 comments:

IKA said...

Gud job Dalila..proud for u.

IKA said...

Gud job Dalila..proud for u.

dalila nizam said...

Welkam! 😀. Moga perkongsian saya ada manfaatnya buat yh lain.