Wednesday, December 02, 2015

Kisah kuli ke Jepun - Bahagian 6

21-Nov-2015 Sabtu, Malam.

Dari stesen Shinjuku, kami ke Keio Tama Center menggunakan train Keio line menghala ke hashimoto. Beberapa minit selepas berpisah, Kagara-senpai menghubungi saya melalui Line. "Ke Keio Tama Center atau ke Hashimoto? Arai-san kata Hashimoto" tanyanya kekeliruan. "Keio Tama Center, direction ke Hashimoto. Saya akan beritahu Arai-san sekejap lagi" jawab saya. "Ha..OK. Take care, bye bye!" mengakhiri perbualan.

Saya cepat-cepat hantar mesej kepada Arai, saya tahu dia risau. 

"Aniki, shinpaishinaidekudasai. Ima daijoubu. Korekara tomodachi ni renrakusuru! [Abang, tolong jangan risau. Sekarang OK. Selepas ini saya hubungi rakan]"

Sementara dalam perjalanan, saya terus contact Muna, tuan rumah yang bakal saya tumpang sekejap lagi. Muna beritahu kami perlu ambil bas untuk ke rumahnya. Berbekalkan pengalaman dan kebolehan bahasa Jepun yang limited, saya dan Chong belesah saja perjalanan seterusnya. Dari Keio Tama Center, kami ambil bas untuk ke Ochiai san chome.

Menariknya di sini, naik bas dulu, nak turun baru bayar. Driver pula memandu macam pilot, dah la memang pakai uniform pun. "Sekarang akan pusing ke kanan", kata driver. Saya cakap pada Chong, tak penat ke dia buat gitu. Nak pusing kiri kanan kena bagi tau. "Ini mesti accident countermeasure", kata Chong.


Tiba di Ochiai san chome, Muna menanti dengan senyuman. Manis dan ramah, macam dah lama sangat kami kenal padahal baru pagi tadi berkenalan di Line! Hebatkan ukhwah sesama muslim. Alhamdulillah. 

Tiba di rumah Muna, kami teruja. Mana tidaknya rumah orang Jepun, yang macam dalam Doraemon tu. Menarik! Untuk mereka yang mahu menginap di sini, harganya sekitar 2000yen semalam. Oh ya, saya cepat-cepat mesej Arai, memberitahu yang kami sudah tiba.


Muna sangat ramah dan kami kongsi bermacam-macam kisah malam itu. Dr.Zikir Naik, betapa saya mengidamkan berada di dalam dewan seperti yang Muna ceritakan. Menjadi muslim di Jepun, menjadi manusia yang banyak berjasa, dan macam-macam lagi. We have a lots of same point of view. Dari jam 10.30 malam hingga ke 1 pg, kami kemudiannya tidur. Esok bakal bergerak seawal jam 6.40 pagi ke Kawaguchiko.

22-Nov-2015 Ahad, Pagi.

Jam 5 pagi, mandi dan solat subuh. Muna sudah mula memasak untuk sarapan pagi. Mee goreng dengan ayam halal. Oh, nikmatnya dapat makan ayam di Jepun. hehehe. Siap packing, bersiap-siap, saya dan Chong menjamah makanan yang telah disediakan. Sedap Muna masak! Siap promote minum coklat. Terima kasih Muna. Dah la siap tapau lagi mee goreng untuk saya. Hanya Allah sajalah yang layak membalas jasa kamu. Saya doakan kajian PhD kamu sukses!

Bas pertama jam 6.32 pagi, kami terlepas. Muna sedikit risau, tapi saya kata tak apa. Next bus jam 6.44 pagi, sempat. 6.39 pagi, kami menaiki bas ke Keio Tama Center. Beli tiket untuk ke Shinjuku dengan JR line. Nampak pro walaupun gundah gulana. Kami tiba di Shinjuku sekitar jam 7.30 pagi. Keretapi untuk ke Kawaguchiko tiba sekitar jam 8.00 pagi. Namun, penumpang hanya dibenarkan masuk 5 minit sebelum waktu berlepas. 


Tepat jam 8.14 pagi, train berlepas daripada stesen Shinjuku menuju ke stesen Kwaguchiko. Di dalam train ada heater, jadi kami tanggalkan jaket dan kemudiannya sambung tidur. Sekitar 1 jam selepas bertolak, mesej daripada Arai tiba. Mahu memastikan kami sudah berada di dalam perjalanan. Lega katanya bila saya beritahu dia yang kami on time and on the right track.


10.26 pagi, kami tiba di stesen Kawaguchiko. Mula-mula ke tourist information counter. Dari sana, kami menapak ke Kawaguchi Lake dan kemudiannya menaiki kereta kabel ke bahagian yang lebih tinggi. Kawasan sekitar sangat berkabus menyebabkan Fuji san tidak dapat dilihat.

Suasana di bahagian atas sejuk namun mendamaikan. Sejuk sampai tahap hidung dah mula nak membeku. Nasib baik saya ada bekal mask di dalam beg. Saya pakai untuk memudahkan pernafasan. Sebab apabila terlalu sejuk, hidung dah boleh control pernafasan. Beku. Chong juga sudah sibuk memakai penutup telinga. Sebab saya pakai tudung, jadi telinga tak sejuk. Sekarang faham kenapa Allah suruh pakai tudung? hehehe.


Di kejauhan, FujiQ juga kelihatan. FujiQ highland adalah salah satu taman tema dengan track roller coaster yang tahap gila baban. Tengok pun dah ngeri, jangankan nak naik. Saya sempat mesej Muna tentang FujiQ memandangkan dia ada bercerita mengenainya. Dah siap berehat sambil menikmati udara segar nan sejuk, kami turun untuk ke destinasi seterusnya.


No comments: