Wednesday, December 02, 2015

Kisah kuli ke Jepun - Bahagian 7

22-Nov-2015 Sabtu, Tengah hari.

Dari tasik Kawaguchiko, kami sekali lagi menapak pulang ke stesen Kawaguchiko. Mencari bas untuk ke 5th Station of Fujisan. Perjalanan bas paling hampir adalah jam 1.00 petang dan bakal mengambil masa sekitar 1 jam. Jangkaan tiba jam 2.00 petang. Jadual bas berlepas pulang saya perhatikan. Jam 3.00 petang, jangkaan sampai jam 4.00 petang. Tiket keretapi daripada Kawaguchiko menuju ke Shinjuku juga jam 4.00 petang. "Ah, masak kalau begini.." keluh saya sendirian. 

Masa berbaki 30 minit sebelum berlepas. Kami masuk ke kedai cenderahati untuk membeli 'buah tangan' buat diri sendiri. Tak lupa juga untuk mereka yang kami terhutang budi =) Chong sempat makan Onigiri, saya makan coklat yang berbaki. Kami bergerak ke hentian yang dijadualkan. 

Keluar daripada bangunan stesen, ada perempuan muda bertudung biru memberi salam.

"Assalamualaikum, dah nak balik ke?" sapanya dengan confident
"Belum. Baru nak ke Fuji san. Awak dari mana?" saya menyambut sapaan. 
"Saya dari Shah Alam" jawabnya ringkas dengan senyuman. Sedang menahan sejuk. 
"Saya dari Penang. Awak dah nak balik ke?" giliran saya pula bertanya. 
"Haah. Dah 2 hari di sini" katanya. 
"Tidur sinilah malam tadi. Hari ni berkabus, tak nampak Fuji san. Itu yang nak ke atas" kata saya menyambung perbualan. 
"Ha..semalam cerah, dari sini pun nampak Fuji san" balasnya. 
"OK-lah. Gerak dulu. Have a safe journey!" kata saya mengakhiri perbualan. 
Kami melambai sesama sendiri. 

Presenting...Mt Fuji
Sepanjang perjalanan, pemandangan berkabus tebal. Putih. Sungguh, perjalanan memakan masa 1 jam. Suasana amat sejuk. Puncak Fuji sudah bersalji. Matahari menyinar. Saya jatuh hati lagi dengan keindahan langit di sini. Chong excited, asyik dengan cameranya. Di hadapan kami berdirinya gunung Fuji yang dibanggakan rakyat Jepun. Belakang, lapisan awan yang tebal memutih, berada di bawah kami. Indah. Sesekali saya melihat jam di tangan. Perasaan unsettled menyelubungi diri. 

Dengan rendah diri, saya berbisik di dalam hati. Ya Allah, sungguh hamba mu sedang musafir. Mudah hamba Ya Allah. Sempatkanlah kami menaiki keretapi jam 4 petang nanti. Teringat pesan ustazah, di mana pun kita, biar beri senang kepada orang lain.

Saya terus menghadap langit biru dan awan putih yang menggebu. Pesan cik Natrah saya ingati, doa banyak-banyak ketika musafir. Moga termakbul. Di pertengahan perjalanan menuju puncak itu, saya tinggalkan doa dan harapan kepada yang Maha Esa. Semoga beroleh berkat dan rahmat di sepanjang perjalanan "Kisah kuli ke Jepun".

Jam menunjukkan 2.50 petang. Bas sudah tiba, saya dan Chong berlari. Risau ditinggalkan. Belum pun jam 3.00 petang, bas sudah bergerak turun. Kami tiba di stesen Kawaguchiko tepat jam 3.50 petang. Alhamdulillah. Cepat-cepat berlari ke lorong check-in. Keretapi sudah sedia menanti untuk seating. Sempat. 

Seperti yang dijadualkan, kami tiba di stesen Shinjuku tepat jam 6.04 petang. Terus mencari tiket untuk pulang ke Chichibu. Kata Chong kita naik limited express-lah. Letih dah tukar-tukar line. Saya angguk faham. Penat. Menggunakan 'Google Map', kami cari tiket Ikebukuro Red arrow express ke Seibu Chichibu. Melilau cari, sudahnya Chong ajak ke JR information counter. Dengan keramaian manusia yang ada, pening. Tiket kami beli, perjalanan seterusnya jam 7.30 minit. Jam di tangan 6.30 petang. Berjanggut jugak kalau menunggu di sini. Chong kelaparan. Kami ke deratan kedai di luar stesen. Tak jumpa restoran yang halal (opkos..ko ingat ini KL??) Yang tak jual "benda haram" pun tak ada. "Chong saja-lah yang makan. I temankan", kata saya. "Then, you nak makan apa? Tak lapar?" tanya Chong. "Kit kat I ada lagi. 2 bar, boleh tahan setengah hari. Mee tadi pun ada lagi, nanti sampai Chichibu I makan-lah" jawab saya. 

Kedai makan di sini tak ambil duit. Untuk makan, kita kena beli tiket di mesin. Kemudian, beri tiket kepada yang mengambil pesanan. Sementara menunggu Chong makan, saya telan lagi kit kat yang berbaki. 20 minit berbaki, kami bergerak semula ke stesen. Pusing sana, pusing sini. Tak ada apa yang berkenan di hati untuk di beli kecuali kagum tengok shounen manga (komik remaja lelaki) nan tebal. Kalau beli pun tak faham baca.

Keretapi tiba 10 minit awal daripada waktu yang dijadualkan. Siap parkir, papan destinasi ditukarkan. 'For Seibu Chichibu'. Saya menanti di lorong yang dimaksudkan, gerabak 2. Dongak saja kepala, pintu gerabak 2 benar-benar di hadapan muka. Chong suruh saya tengok apa yang berlaku di dalam gerabak melalui tingkap kaca yang jernih. Semua seat berpusing secara automatik. Fungsinya adalah untuk memastikan sampah atau barangan yang tertinggal boleh jatuh ke bawah. Mudah untuk dibersihkan. Fungsi seterusnya, alih arah seating untuk ke Chichibu.

Dah masuk keretapi, seat pun dah dapat, kami duduk dan letakkan semua beban yang ada. Seat lapang, sangat selesa. Kami tiba di Chichibu sekitar jam 8.50 malam. Kata Chong, inform Arai sat, kita dah sampai Chichibu. Belum sempat nak taip mesej, mesej Arai masuk. "Sekarang di mana?" Saya jawab tengah jalan nak balik hotel di Chichibu. "Dah sampai Chichibu?" tanya saya. Selepas 2 jam, Arai membalas mesej. Baru sampai Chichibu. Malam ini, tidur lambat sebab mesej Arai. Penat, baju pun dah siap iron, padam! 

No comments: