Saturday, December 05, 2015

Kisah kuli ke Jepun - Bahagian 9

24-Nov-2015, Selasa.

Hari ini, hanya saya dan Chong ke kilang di Chichibu. Abg Nazli dan Maniwa-san akan ke kilang di Misato untuk meninjau projek baru yang bakal ke Malaysia. Seperti biasa, kalau semalam datang ke kilang dengan Arai, hari ini mesti dengan Maekawa-san. "Both of them have rotation ka?" tanya Inoe-san ketika terdengar perbualan antara kami dengan Maniwa-san berkenaan fetch duty kedua-dua jurutera berkenaan. Kenapa jadi begitu? Kenapa mesti berselang-seli? Sebab sama-sama nak berbakti dan berbudi. Berlumba buat kebaikan, antara nilai islami yang saya nampak sepanjang berada di Jepun.

Sampai di kilang, tukar uniform dan masuk ke bahagian pembuatan. Seperti biasa. Kami menghabiskan baki kerja semalam. Disassemble bahagian yang telah dipasang semalam. Sementara yang lainnya sudah bersesak-sesak menghadap masalah baru. Part yang dihantar dari Malaysia ada masalah, fitting test failure. Saya dan Chong turut mengesahkan bahagian yang bermasalah. Ohba-san cuba juga sedaya mungkin, memikirkan jalan terbaik agar semua part boleh pasang. Kato-san sudah sibuk membuat adjustment pada part yang lain. Ini lumrah, mereka juga sudah biasa. Tetapi setiap kali model baru buat testing, kami sentiasa berharap tiada masalah part seperti ini berlaku.

Sebelah petang, kami menghadap functional checker. Maniwa-san tiba sedikit lewat daripada yang dijadualkan. Setelah berbincang, kami highlight perkara yang kami mahu ada pada functional checker. "Petang nanti kita bincang dengan checker designer" kata Naomi-san. Dia turut mengajar saya beberapa functional point yang lain termasuk ukuran yang menggunakan oscilloscope. 

Disebabkan masalah part tadi, semua ahli yang terlibat dengan model ini dipanggil untuk pemberitahuan. Kumpulan designer: Shimada-san, Kawakubo-san, Sato-san. Kumpulan engineer: Dalila, Chong, Nazli, Maniwa-san, Arai-san. Kumpulan production: Ohba-san, Naomi-san. Masing-masing pening dengan apa yang berlaku. Part yang ada masalah dimension perlukan alteration segera dengan tangan. Yang kecil, akan dibesarkan. Yang besar, akan dikikis supaya kecil. Dalam kucar-kacir itu, Maniwa-san sudah mengesahkan jadual baru penghantaran part yang OK ke Jepun dari Malaysia. "If cannot, someone have to send here by hand carry!" kata Maniwa-san kepada orang di Malaysia melalui telefon. Kami yang lain tergelak mendengar ugutan itu.

5.44 petang waktu tempatan
Arai datang kepada Maniwa-san, mungkin bertanyakan hal dinner esok hari. Biasanya, malam terakhir di Jepun, mereka akan adakan makan besar untuk meraikan kejayaan tamatnya latihan dan pengharapan untuk sama-sama berusaha untuk menjayakan projek baru. Maniwa-san kemudiannya menoleh kepada kami. Kami meeting kecil di situ sementara yang lainnya masih sibuk dengan part. Dia bertanyakan mahu makan apa esok? Semua yang disebutkan sudah kami makan. Terkejut. Arai tersenyum lebar. Sebab dialah, kami dah rasa semua yang special di Chichibu. Arai melihat jam di tangan, sudah 30 minit kami berbincang hal makan. Belum dapat solusi. "Bincang dengan Maniwa-san, jam 5 nanti bari tahu saya ya" pesan Arai, kemudian meninggalkan kami. 

Kami ada meeting di pejabat utama sebentar saja lagi. Habis sudah kerja di bahagian pembuatan. Sebelum keluar, Ohba-san beri tahu kami, malam ini makan di Italian food restaurant berhampiran dengan hotel.

Tiba di pejabat, kami mulakan meeting berkenaan draft plan untuk model baru ini. Daripada part & tooling test series (T1, T2, T3), kemudian DE (design evaluation) diikuti dengan MT (mass trial) dan akhirnya MP (mass production). Juga beberapa isu berbangkit terutamanya kos alatan dan mesin. Jam 4.55 petang (sebenarnya dah lepas waktu maghrib di sana), meeting pun berakhir. Arai datang kepada saya dengan laptop. "TV meeting aru kara, tonight dinner with Ohba-san. Gomen ne" katanya penuh sopan. Kami angguk tanda faham.

Asal nampak kamera..
Jam 5.00, kami pulang ke hotel dengan Maniwa-san. Kemudian tukar pakaian untuk keluar semula. Kami sama-sama bergerak ke restoran yang dimaksudkan oleh Ohba-san. Jalan kaki, terlalu dekat dengan hotel. Saya pesan spaghetti dengan sup tomato dan salad. Chong pula nasi dengan ayam grilled. Abg Nazli memesan nasi dengan seafood dan cheese. Ohba-san, spaghetti dan pizza-pan. Memang tahap pelahap la mamat ni! Dah habis makan, kami tambah 1 lagi order, pizza pan seafood topping. Memang dasat seafood dia, terbaik!

Chong dan Abg Nazli cakap, nak minta tolong dia (ohba-san) bawa kami ke pasar raya terdekat. Nak beli coklat untuk dibawa pulang ke Malaysia. Saya tanyakan kepada Ohba-san, kalau-kalau dia ada hal lain malam ini. Tidak jawabnya. Kami kemudiannya ke pasaraya, memborong sakan. Coklat, teh hijau, nori, dan macam-macam lagi. Kemudian masuk pula ke drug store (kedai ubat ya, jangan terkejut pula). Chong sibuk mencari moisturizer Hada Labo, pesanan daripada isteri. "You tak beli ka Dalila?" tanya Chong kehairanan. "I memang pakai yang ni. Nak beli pun, banyak lagi" saya menjawab. Abg Nazli sibuk mencari produk yang hanya ada di Jepun. Saya kurang pasti apa jenis, tapi sebab dia selalu datang ke Jepun, maka tahulah dia. Saya beli beberapa keping mask muka dengan label 'pure smile' sebab selepas pakai muka kita akan bertukar sekejap. Menarik. Hanya mereka yang biasa ke Chichibu faham situasi ini. Habis shopping, kami pulang ke hotel.

Siap-siap untuk tidur, saya buka TV untuk menonton apa-apa yang menarik. Kebetulan ada Best Artis 2015, program yang mengetengahkan artis-artis Johnny's. Malam itu, barulah saya kenal artis yang digilai oleh rakan-rakan di Malaysia. Saya hanya kenal beberapa sahaja. Malam itu Sho Sakurai daripada Arashi menjadi pengacara majlis bersama-sama 2 orang lagi pengacara. Lulu, kawan kakak senior di Malaysia datang melawat. Menghantar barang yang perlu saya bawa pulang ke Malaysia. Dengan saya sekali pun dapat hadiah. Terima kasih, Lulu-san. See you next time, andai diizin Allah.

No comments: