Sunday, January 08, 2017

Dugaan menguji lagi

Assalamualaikum.
Mengharap mesej ringkas tapi padat. Mengingatkan diri sendiri supaya tak baik sangat. Itu yang akan saya cuba buat sepanjang 2017. *Wish me luck*

Saya diuji kehilangan sesuatu yang saya perlu dalam hidup seharian. Alhamdulillah, saya sedar kehilangan itu tak berpanjangan. Ada yang bertanya, kenapa tak bercerita? Ada yang kata di Facebook pun tak nampak apa-apa. Saya senyum. Ada orang lagi susah daripada saya. Ada orang lagi sedih kisahnya daripada saya. Jadi, saya simpulkan, nak sedih pun malu dengan kehilangan seperti itu. Ada hikmah, itu pasti. Sebab itu Allah menguji.

Bagi anda yang sedang diuji, ingat Allah dan balasan baik yang bakal datang. 
Salam hujung minggu =)