Wednesday, May 13, 2020

10 tahun bersama Canon

4-May-2020 : It’s been 10 years with Canon.

“Akak, hari ini saya tahun ke 11, day 1”, kata aku kepada kerani jabatan. 
“Eh, Dalila dah 10 tahun noh! Lama dah..”, jawab kak Liza menyambung perbualan kami.

Kan? 10 tahun bukan tempoh yang sekejap. Untuk 10 tahun ini, macam-macam rasa.

Bermula dengan rasa denial sebab masa tu memang tengah tunggu panggilan pulang ke Lumut untuk berkhidmat untuk negara, i’ve been involved in war ship building for Royal Malaysian Navi. Aku cari kekuatan untuk cuba memahami dan menerima hakikat dalam hidup ini banyak benda yang memang kita tak boleh kawal. Terima seadanya dan berserah kepada tuhan adalah jalan terbaik. Kita orang yang ada iman kan? InshaAllah dimudahkan urusan.

Kemudian diberi tanggungjawab menguruskan sistem kalibrasi yang masa tu tengah kelam-kabut dan ambang ‘pensijilan ISO ditarik balik’ sebab setiap kali audit mesti kena NCR, ketidakpatuhan. Bukan senang nak uruskan sistem yang dah tinggal nak tenggelam ni. Jenuh belajar, hampir setiap hari aku belek naskhah Quality Manual ISO 9001 ketika itu. Alhamdulillah, 2 kali certification audit berjaya, dan kini sistem hanya perlu dikemas kini dari semasa ke semasa. Dan aku, tidak lagi memegang sistem ini sejak 2016.

Aku mulakan perjalanan baru di SLR berbekalkan pengalaman di EC series (digital compact camera) selama lebih 2 tahun pada tahun 2015. Ini perjalanan yang jauh. Setakat 2019, dah 3 kali aku ke Jepun atas urusan perbincangan model baharu. Terima kasih buat ahli kumpulan EC SLR, daripada designers dan engineer di Jepun, sehinggalah ke production di Malaysia. Pada aku, mereka ini adalah keluarga aku. Susah senang, gelak tawa, menangis pun ada juga, sama-sama.

Aku bertuah dikurniakan seorang senpai yang membahasakan diri dia dengan aku sebagai “G-san”, bermaksud atuk. Dia dah 60 tahun, dan alhamdulillah masih diizin tuhan menyambung tugas sebagai jurutera. Dia sajalah yang aku ada buat masa ini.

Orang yang paling seimbang pada pendapat aku. Buat elok, dia puji melambung. Buat tak elok, kemain dia ‘bersyarah’ kat kau. But, lesson learnt. Akhlak dia yang aku warisi, be cool to say sorry.
Pernah sekali dengan bangganya dia cakap “Saya ni Great Grandpa tau! Takde benda yang susah bagi saya”. Sekali, memang ada silap sebab dia terlepas pandang. Melalui email yang aku baca sambil tergelak, “Memang silap saya lah. Maaf tau. Turun balik lah pangkat Grandpa. Buang Great tu”. Walaupun berseroloh, ya, akui kesilapan dan mohon maaf.

Dan perjalanan menuju professional ini masih jauh. Semoga dalam perjalanan ini aku temui “jalan- jalan menuju syurga”. Setiap masalah, hadir bersamanya kesenangan. Moga aku sentiasa dalam aman dan bersangka baik dengan tuhan.

Untuk semua yang terlibat dengan kerja-kerja aku sepanjang 10 tahun ini, ketahuilah, hanya Allah yang membalas budi anda. Terima kasih.

Erti hidup pada yang memberi 😊
P/S : Aku akan kongsikan apa yang aku belajar untuk menjadi orang sepanjang 10 tahun bergelar jurutera di dalam entri yang lain. Until then, May - Peace - Be - Upon - You!

No comments: