Assalamualaikum, salam sejahtera.
Maaf, lama saya menyepi..Niat nak menulis, tapi dah kekontangan idea untuk dikongsi lantaran isu yang saya hadap hari-hari hampir sama.
2015 Winter Project: Projek yang saya lancarkan bersama seorang rakan ketika menunggu 'boarding time' dari Incheon ke Kuala Lumpur kira-kira 2 tahun yang lalu, semasa percutian musim panas 2013.
Alhamdulillah, Allah beri kelapangan dan kesempatan dari segala segi untuk melengkapkan Winter Project kami.
Rancangan asal
Pelan asal kami adalah mendarat di Incheon International Airport, South Korea. Kemudian meneruskan jaulah ke Pulau Jeju dan berlepas pulang melalui Busan International Airport. Disebabkan saya dan rakan (later will call as Aimi) sudah pernah ke Seoul sebelum ini, kami telah merancang perjalanan sendiri. Maklum, sistem pengangkutan awam yang sangat cekap membuatkan kami tidak kisah untuk kemana-mana sekali pun.
Persediaan dan persiapan
Masuk saja tahun baru 2015, saya sudah siap siaga..namun tetap berdoa kepada Allah, moga ayah diberi kekuatan dan sihat-sihat sahaja. Alhamdulillah, ayah mula boleh bangun sendiri sekitar awal januari dan mampu melakukan banyak kerja sendiri walaupun kakinya masih dalam 'recovery session'.
Namun seminggu sebelum berlepas, emosi saya sangat terganggu dek kerana saya terlalu jujur dengan bos yang mahu saya 'cover' semua kesalahan rakan sekerja. Saya kata, saya penat dah nak 'cover'..dah 4 tahun pun tak berubah juga. Bos tarik muka, bos department lain buat cerita..canang sana sini. Oh, buat pertama kali saya rasa tak sabarnya nak bercuti lama =)
Saya bawa sedikit perasaan luka itu ke Korea dan sedikit persediaan 'solo traveller' kerana saya dan Aimi akan membawa 4 org lain bersama. Saya bawa 1 beg packed dan 1 sling-bag. berat keseluruhan, 7kg. Dalam beg saya ada winter coat labuh, snow cap, neck warmer dan sepasang boot. Semuanya serba satu. Terima kasih kepada kouhai saya kerana offer untuk pinjamkan..so, tak payah beli.
Seoul, 2015 Winter.
(15/02/07) Suhu ketika kami mendarat di Incheon International Airport sekitar 3degreeC pada 1315 waktu Korea. Saya dan Aimi sudah sedia maklum, akan tertipu dek panasnya mentari. Benar, sebaik melangkahkan kaki keluar pintu, tangan hampir kebas kerana terlalu sejuk. Kami cepat-cepat mendapatkan sarung tangan. Sambil tu, ada juga yang teruja..bila bercakap keluar asap! Bergegas mencari Jumbo Taxi memandangkan kami berenam dan luggage agak banyak dan berat. Hanya saya dan Aimi yang bag-packing.
Kami sampai di Malaysian Guesthouse sekitar jam 1645 letaknya di Gangnam-gu, kawasan elite dan paling mahal untuk menetap di Seoul. "Are you sure your friend living here?" kata driver korean kepada Aimi. Kerek pulak pakcik ni..eh! Nas menjemput kami masuk lalu menunjukkan bilik. Kemuadian dia ajak saya dan Aimi masuk ke office untuk membuat bayaran lengkap. Siap ajarkan jalan keluar, stesen bas dan stesen subway. Qiblat juga tak dilupakan =). Seronok tengok anak Malaysia memulakan perniagaan dan sedang giat berusaha dalam usia muda, tahniah Nas!
Kalut-kalut saya solat memandangkan waktu sudah dipenghujung. Niat asal nak solat di Airport tersasar dek kerana nak cepat sampai..aduii, solat jugak jadi mangsa. Kami kemudiannya bersiap membersihkan diri, tak mandi dari malam tadi kan. Sejuk pun sejuk lah. Selesai makan ringan, kami keluar bagi menjenguk kawasan sekitar. Malam itu kami selesaikan misi pertama, mencari T-money card dan susu pisang!

Kami berjalan sekitar 15 minit untuk stesen subway terdekat. Beberapa ketika saya berhenti, menjenguk orang yang tertinggal di belakang. Mereka first-timer, tak biasa jalan laju macam orang Korea. Air mata tiba-tiba mengalir, hidung tak mampu bernafas, saya naikkan neck warmer sampai paras hidung supaya sedikit suam. Kami sebenarnya berperang dengan suhu sekitar -13degreeC ketika itu. Dah masuk tren, terasa sedikit suam. Masing-masing membelek muka, merah jambu jadinya walaupun sudah memakai losyen. Saya dan Aimi mengambil keputusan untuk ke Dongdaemun Market untuk mencari baju sejuk dan kasut memandangkan ada antara kami yang memang berniat membelinya di sini.

Kami menaiki cable car bertemankan sunset yang indah. Indah sungguh ciptaanMu Ya Allah =) Saya, Aimi dan Sab hanya menunggu di bawah sementara yang lain menaiki menara. Pemandangan indah penuh cahaya ketika kami menuruni bukit Namsan untuk pulang dengan bas. Rupa gambar? tak dapat nak snap because we were enjoy the moment!
![]() |
Pemandangan sekitar bukit namsan ketika menjelang maghrib, winter 2015. |
Penat, letih..sakit kaki!!! Saya perasan hidung saya berdarah tapi tak mengalir keluar. Saya minum banyak air sebelah malam supaya tak dehydrate di siang hari. Cuaca sejuk itu buat saya terlupa untuk minum air putih.
Sampai sini dulu. Nanti saya sambung entri seterusnya.
2015 Winter Project - Part 2
2015 Winter Project - Part 2
2 comments:
geh. saje tinggal kisah pengembaraan dia separuh, bajet cliff hanger novel!
mulut berasap bila berckp ni, mmg yg duk jepun seniri pn akan buat tiap kali winter, or bila nk confirm winter ada lg ka dak :p
hidung berdarah ni rmi xtau. ada org telinga yg berdarah, mcm daku dululah. telinga rs tersumbat je selalu, so bila cuci dgn cotton bud lps mandi, terkejut beruk tgk ujung kapas berlumuran darah! awal2 dulu pikir sakit ka apa, tp bila pikir2 blk, badan belum biasa dgn tekanan udara & perubahan suhu mendadak. of coz tekanan udara berubah bila suhu berubah, it's just that simple.
still, pengalaman2 kecik mcm ni yg buat org yg pnh merantau rindu nk merantau lg satu hr nnt :)
waiting for the continue~
Cliff sgt kan~~ Mmg perak bab tu..berasap2 bila bercakap. Haah, tp dila je yang jadi gitu. tatau la org lain camne..
But, right now I wish to have those experience again! hehehe
Post a Comment