Jeju, 2015 Winter.
![]() |
Melawat sekolah lama..hehehe. Perasan betul! |
(15/02/11) Sekitar jam 1600, Aimi ajak saya keluar mencari
tempat menarik untuk dilawati. Saya bagi dia dua pilihan. 1) Dragon head road.
2) Jeju Art Village Museum. Aimi pilih pilihan pertama. Begitu juga saya. K dan
Sab turut menyertai kami petang itu. A dan F penat dan mahu sambung rehat.
Dengan sedikit ulang kaji dan bertemankan Google Map & Asus Location Share,
kami bergerak menghampiri tebing laut yang tinggi. Sejuk? Sudah tentu walaupun
suhu sekitar sudah 5°C. Saya terpaksa bersarung tangan ketika berjalan memandangkan angin laut yang bertiup kencang itu membawa sejuk.

Waktu maghrib tiba. Kami mula bergerak pulang ke hotel. Sementara itu, kami sempat singgah di Paris Baguette sebuah kedai roti yang agak terkenal di Korea. Ada yang halal dimakan, ada yang tidak. Memilihlah dengan berhati-hati. Ilmu itu telah kami pelajari dalam percutian musim panas yang lalu. Kami pulang ke hotel dengan bekalan makanan penuh di tangan. =)
![]() |
Gambar dragon rock dari jauh..jenuh menilik, yang mana satu dragon?? |
Selesai makan beramai-ramai, Aimi ajak berbincang tentang
perjalanan esok. Malangnya, semua mereka sibuk dengan WiFi dan smartphone
membuatkan Aimi sedikit hangin dan akhirnya pulang ke bilik sendiri. Saya dan
Aimi menyambung study tempat-tempat untuk dilawati esok di bilik kami. Sementara itu, saya mencari saluran TV yang boleh ditonton. Semuanya bahasa Korea sehinggalah saya terjumpa saluran NHK (Saluran TV Jepun) yang kebetulan tengah berita. Nasib baik kami bergerak dengan subway siang tadi. Kemalangan yang melibatkan 100 lebih kenderaan itu adalah jalan menuju ke Incheon. Mujur saya tak memilih teksi.
Sebelum
tidur, kami minta Sab hantar mesej melalui Whatsapp, esok kami nak bergerak jam
7 pagi.
(15/02/12) Jam 0700 pagi, saya dan Aimi sudah siap. Sab
masih lagi bersiap. Jam 0730, kami depart untuk ke Jeju International Airport.
Idea Aimi bernas, kami mahu mencari jumbo taxi untuk disewa sehari. Disebabkan
yang lain lambat, kami tinggalkan mereka. Meet you guys at airport. Naik bas
sekian-sekian pesan kami dalam nada marah. Tiba di airport, kami teruskan misi
mencari jumbo taxi untuk disewa khas. Dapat! Harga selepas tawar-menawar, KRW
150,000. Driver tak boleh berbahasa English, tapi dia gunakan teknologi yang
ada. Kami taip English, app itu akan translate ke bahasa Korea. Thumb Up!! Aimi menanda tempat yang ingin kami lawati,
driver itu mengangguk tanda setuju.
![]() |
Pemandangan daripada dalam lava tube. |
Tempat pertama yang kami lawati ialah Manjanggul Lava Tube.
Kami turun ke bawah dasar tanah, melalui terowong semula jadi yang terbentuk
daripada laluan lahar gunung berapi. Sungguh, ciptaan Allah begitu menakjubkan.
Disebabkan kaki yang sakit, saya mengambil keputusan untuk berpatah balik. Tak
mampu menghabiskan laluan yang gelap itu.

Kami meneruskan perjalanan ke Seongsan Ilchulbong Peak.
Tempat yang dinobatkan antara 7 new wonders of nature. Saya pada mulanya terasa
puncak itu begitu jauh. Namun saya gagahkan juga walaupun kaki saya sakit.
Sepanjang memanjat tangga di hadapan, pemandangan di belakang jauh lebih
menarik perhatian.
Kebetulan, di belakang saya rombongan daripada Jepun. Pemuda-pemuda itu berleter sepanjang mendaki. “E maji?? Nagaiiiii..”, antara patah ayat yang saya ingat. Saya ketawa kecil. Terasa lawak. Akak yang besar ni pun tak merungut, kamu yang kecik pula merungut. Masa mendaki sekitar 50 minit. Jangan risau, kemudahan asas seperti tandas ada di sini. Tapi air dia tak pakai heater ye..Sejuk tahap beku. Saya dan Aimi bergilir-gilir menunggu yang lain. Jangan ada yang mengalah. Alang-alang dah sampai sini, biar sampai puncak. Sesekali kami terpaksa berhenti kerana angin yang begitu kuat, terasa macam boleh terbang kalau diteruskan juga pendakian. Sarung tangan perlu dipakai bagi mengelakkan kebas dan kejang.
![]() |
The 6 of us! |
Tiba di puncak, hanya Allah
sahajalah yang tahu perasaan saya. Subhanallah..Mashaallah. Hanya itu yang mampu keluar daripada mulut kami. Angin yang tadinya bertiup kencang seperti disekat oleh batuan di puncak yang membentuk tebing mangkuk. Kami berehat di situ. Beg kami tanggalkan dan kumpul satu tempat. Merenung jauh ke dasar laut yang tak bertepi. Melihat horizon yang tiada garisan sempadan antara langit dan lautan. Entah bila lagi akan bertemu peluang sedemikian rupa. Cahaya matahari yang terik itu sesekali terasa suam, namun tetap dihembus angin sejuk.
![]() |
Pemandangan daripada puncak. |
2 comments:
next please. hehehe
aimi suhaila, updated! hehehe
Post a Comment