Jeju, 2015 Winter
(15/02/12) Sambungan daripada entri sebelumnya.
Seopjikoji. Lokasi pengambaran All-in House, yang saya sendiri pun tak
pernah menontonnya. Kami singgah di sini sebelum perjalanan jauh ke sebelah
selatan. Angin yang terlalu kuat dan sejuk sampai tahap tak mampu bertahan. Pemandangan
padang rumput dengan lautan terbentang di hadapan yang cukup mendamaikan jiwa
yang mencari ketenangan..cewahhh. Kami akhirnya membuat keputusan untuk
bergerak ke destinasi seterusnya. Maaf, tiada gambar yang boleh saya kongsi di
sini sebab semua gambar dirakam dengan kamera DSLR yang belum dimuat
turun..gomen ne!
Harbour bridge, Seogwipo
Harbour bridge ni letaknya di submarine town. Waktu di pintu
masuk, saya perasan bunga sakura. Eh, sakura!! “Sekejap lagi kita p situ dulu
na..” kata Aimi. Setelah melalui perjalanan yang agak panjang di dalam kereta,
kami keluar membetulkan tulang belakang. Segar! Angin laut yang sememangnya
kuat beserta suhu rendah 5°C, sepanjang jalan tangan saya hanya di dalam poket. Saya
kata pada Aimi, takpa lah, ada rezeki kita jumpa lagi dengan sakura kat tempat
lain. Kaki ni dah letih nak mendaki balik ke pintu masuk tadi.
Apa yang menarik?? Warna air lautnya..sangat cantik. Tak
tergambar dengan kata-kata. Panas terik hari itu tidak terasa. Saya dan Aimi
melalui harbour bridge hampir merangkak dek kerana kaki yang sakit maklum
sahajalah, pagi tadi sudah mendaki. Laluan itu kami habiskan berdua. Saya rakam
gambar Aimi, Aimi rakam gambar saya..hehe. Tiba di hujung, kami berehat
sebentar menikmati kebesaran Ilahi yang ini. Ada sepasang suami isteri warga
Korea yang berusia di situ, kami sekadar senyum kepada mereka. Juga seorang
pemuda warga Korea yang sibuk selfie dengan monopotnya. Saya tafsirkan sebagai
selfie itu tidak menjadi kerana makcik itu bertanyakan kepada pemuda itu, nak
saya ambilkan gambar kamu?
![]() |
Bila dah berempat, inilah hasilnya =) |
Kami mencari jalan menuju ke bawah, untuk melepak di tepi
batuan pemecah ombak. Daripada tengah jambatan, ada laluan bertangga untuk ke
bawah. Tiba di bawah, perasaan jakun kami bertambah-tambah. Mana taknya, laut
yang hijau membiru begitu bersih dan jelas hingga menampakkan pasir di
dasarnya. Rasa nak terjun dan menyelam ke dasarnya! Sab dan F kemudiannya
bersama kami. Saya sempat menjerit ‘Kimochiiii!!!’(Ala-ala Takeru dalam HT DVD,
scene dekat pulau Mabul) tatkala angin sejuk menderu membawa bersama perasaan
yang terluka! (konon..)
Cheonjeyeon Falls, Air terjun ni letaknya berhampiran dengan Habour Bridge
tadi. Harbour Bridge sebelah kanan, Falls ni sebelah kiri. Sekali lagi, tempat
yang dipelihara kehijauan alamnya. Saya jumpa ramai anak muda Korea di sini.
Tiada yang mandi-manda. Berani nak mandi dengan suhu demikian? Hehehe. Di sini
saya jumpa pokok sakura yang dah mula berbunga. Ada dalam dua ke tiga pokok,
yang lainnya masih lagi seolah-olah pokok kayu yang mati.
Kami masuk dan meneliti setiap perkara. Anak muda yang
melepak di tempat di sini, berkumpulan-kumpulan. Ada juga yang baru pulang
daripada kerja. Saya lihat name tag itu masih lagi tergantung kemas. Kemudian,
mereka duduk di tepi laluan air terjun yang jernih itu. Kebanyakannya bergambar
sendirian menggunakan monopot. Pohon yang ditanam, dilabel kemas dengan sedikit
keterangan dalam tiga bahasa. Korea, Jepun dan English. Antara yang menarik
perhatian, pokok limau dengan buah yang banyak. Jauh juga kami berjalan ke dalam taman, akhirnya jumpa juga air terjun ni..Tapi air dia tak banyak, maklumlah sungai pun masih lagi beku.
Jusangjeolli Cliff, adalah pitstop terakhir sebelum kami pulang ke hotel. Pillar-shaped joint ini terbentuk akibat proses penyejukkan lahar daripada
gunung berapi dan akhirnya membentuk struktur tiang berbentuk heksagon. Memang
sangat menarik,yelah tempat kita tak ada gunung berapi. Jadinya kita pun tak
pernah ambil tahu.
No comments:
Post a Comment