“ek, mada owarimasuka? Takusan aru? Honto idea takusan ne
Dalila-chan! [Eh, belum habis lagi? Ada banyak? Dalila ni memang banyak idea
ya!]” kata Maniwa-san, si General Manager untuk bahagian produk dan
kejuruteraan.
“Yes! Excellent staff! Should be add 1k na..salary” sahut si
jiran bos, Assistant Manager untuk kumpulan jurutera kamera SLR.
“iie, three more. Soko made owarimasu [Tidak, tiga lagi.
Lepas itu, habis]” jawab saya memintas
kata-kata jiran bos.
Antara dialog yang mampu saya recalled ketika engineering
presentation: Kizuki activity. Tak kurang juga yang berkata saya ada berpuluh
idea. Tidak. Saya juga jurutera seperti anda. Punya tanggungjawab yang banyak.
Di lapangan kerja, saya diamanahkan dengan manufacturing
line unit shutter dan iris untuk IXUS yang kini sedang bermasalah besar dan
perlu pemantauan ketat. Mujur unit shutter untuk EOS 100D sihat dan kurang
bermasalah. Juga beberapa perkara yang masih dalam pemerhatian termasuk unit
shutter untuk model EOS dengan Mark bernombor.
Di bahagian management, saya diberi tugas mengendalikan
hal-hal bersangkutan QMS dengan ISO 9001: 2008 yang juga bakal dinaiktaraf ke
edisi baru 2015 dengan pelbagai pembaharuan.
Excellent staff? Rendah diri saya apabila jiran bos berkata sedemikian. Saya
hari-hari bermasalah menyelesaikan tugasan yang sedia ada. Nak OT, malas tapi
kerja yang ada tak mampu saya habiskan dalam 8 jam waktu bekerja biasa.
Beberapa hari kemudian, Carta Organisasi baru dikeluarkan.
Dalam carta, tempat saya di bawah bos lama, bos yang saya panggil ‘abah’. Bos yang
mengenalkan saya dengan kerja ‘jurutera sebenar’ sebab semuanya saya perlu buat
sendiri. Tak tahu itu ini, tak pasti itu ini, tulis email dan hantar ke
jurutera di Jepun untuk pengesahan. Setahun kami berpisah, saya sudah mampu ‘berjalan’
sendiri. Tak perlu pemantauan bos local, andai ada yang kurang pasti saya akan
terus bertanya kepada bos Jepun.
Jiran bos yang puji-puji saya itu, tertanya-tanya. Kenapa saya
‘dipulangkan’ semula kepada Abah. Tidak diserap masuk ke ‘senarai bawah
jagaannya’. Terus terang, saya kurang gemar dengan cara jiran bos ini. Kerjanya
ala-ala ‘menteri’ di Malaysia. Pagi ini katanya kad pra-bayar tidak dikenakan
GST, petang nanti dia relakan sahaja (Anda yang mengikuti perkembangan, mesti
faham). Jadinya saya luahkan rasa kurang senang ini kepada mereka yang lebih
senior daripada saya.
Jawapan mereka mudah. Bos dinilai daripada performance ‘anak
bawah jagaan’. Betul, semua bos Jepun senang bekerja dengan kamu begitu juga
dengan abah kamu sebab kedua-duanya ada kelebihan bahasa dan memahami gerak
kerja warganya. Jadi, ada orang akan mengambil kesempatan untuk mereka berada
di depan kamu, menjadi hang tuah walaupun kamu itu himura battosai. Maka ambil
tahu siapa manusia di sekeliling kamu. Belajar memahami agar tiada orang yang
mengambil kesempatan ke atas kamu.
Saya, hari-hari mencari aura positif, berkawan dengan mereka
yang optimis dan belajar menjadi manusia. Yang secara fitrahnya positif belaka.
Namun, terkadang ada juga yang tidak suka. Itu normal, hidup di zaman fitnah
memang begitu.
I just doing my best because I am Muslim and I want to be a
real Muslim.
Saya harap coretan saya ini boleh membantu pembaca memahami
situasi kerja sebenar apabila kita sudah mula menampakkan tapak. Bagi mereka
yang sedang berusaha, ayuh bersungguh melakukan yang terbaik untuk kita. Untuk ummah
kita.
No comments:
Post a Comment