Tiba di
Incheon International Airport, South Korea sekitar jam 4 petang, waktu Korea.
Untuk pengetahuan, Incheon bukan berada di dalam Seoul, wilayah sebelah Seoul.
Untuk ke Seoul, kami menaiki bas express daripada lapangan terbang. Bagi yang
tidak berapa faham, korang terus saja cari tourist counter selepas keluar
daripada pintu airport. Beri tahu alamat, mereka akan bagi cadangan perjalanan
dengan pelbagai mod pengangkutan. Jadi, disebabkan kami hanya berdua, beg pun
tak berat mana, kami putuskan untuk naik bas saja.
![]() |
Pemandangan dari atas bangunan guesthouse |
Malam itu,
kami hanya melepak dan merepek di dalam bilik. Qada’ tidur malam semalam dan
membuat sedikit homework untuk perjalanan esok. Oh, untuk pengetahuan bersama
juga, sejak peristiwa 2015, aku tidak lagi membuat itinerary lengkap setiap
kali travel. Just quick review, nak ke mana sahaja, plan kukuh menyusul sebaik
tiba di lokasi. Selain lebih thrill, excited, ianya juga tak buang masa aku
yang semakin kurang dek kerja yang tak pernah surut, dapat juga mengelakkan
sakit hati apabila sendiri pun tak boleh follow jadual yang padat tu. Relax
sudeyyy!
13-Oct-2019.

Selesai solat, kami melawat 4 tingkat bangunan dengan setiap tingkat
ada fokus yang tertentu. Selesai mengumpul setem dan tukar point kepada hadiah
saguhati, kami pun beredar. Mencari makan tengah hari yang sudah pun petang.
Kami kemudiannya bergerak pulang. Udah maghrib kome..
14-Oct-2019

Kalau ke
sini, boleh jalan-jalan kawasan sekitar tapi jangan terlalu bising. Rumah orang
kiri kanan kan. Sambil mendaki dan menuruni bukit, kepenatan. Sebelum bergerak
ke destinasi seterusnya, kami singgah beli aiskrim.

Hentian seterusnya, Itaewon. Ada apa dengan Itaewon? Dia ada makanan halal yang banyak. Sangat banyak pilihan. Kebetulan masa kami singgah di KTO semalam, pegawai bertugas bagi kami buku kupon Halal Food Fest Week, dapatlah makan makanan halal dengan harga yang agak murah hari ini.

Hentian seterusnya, Itaewon. Ada apa dengan Itaewon? Dia ada makanan halal yang banyak. Sangat banyak pilihan. Kebetulan masa kami singgah di KTO semalam, pegawai bertugas bagi kami buku kupon Halal Food Fest Week, dapatlah makan makanan halal dengan harga yang agak murah hari ini.

Dari Itaewon, kami ke Namsan Tower dengan taxi sampai ke stesen kereta kabel. Nak ke puncak Namsan Tower hanya dengan dua cara. By bus or by cable car. Sempatlah ber-sunset di dek pemerhati. Sebab malam dah pekat, kami pun terpanggil untuk pulang.
15-Oct-2019
Pagi ini
kami bergerak awal sebab nak ke Nami Island. Meredah station yang agak jauh
perjalanan, sampailah sesat-barat nak bali tiket sebab cari kaunter tak betul.
Lepas dapat beli, lega. Tiba di stesen Gapyong, ramainya manusia. Ingatkan
kurang lah orang sebab bukan hari cuti. Kami tunggu bas untuk ke Nami Island.
Tiba di
Nami Island, kami mulakan perjalanan berpandukan peta yang kami dapat. Jujurnya,
ini kali ke-3 aku sampai Nami Island dan rupanya banyak lagi yang aku tak
sempat cover. Bayangkan betapa besarnya tempat ni! Dari satu tempat, ke satu
tempat. Cantik, tapi sebab masa ni baru lagi masuk musim luruh, kebanyakan pokok
masih hijau.
Kami makan
di restoran halal di sini. Kenapa entah, aku tak jumpa pulak kedai nasi goncang
yang dah 2 kali aku mai makan sebelum ini. Semasa
solat, kami bertembung dengan makcik yang sama-sama kami dalam flight tempoh
hari. Sempat bertanya khabar dan berkongsi sedikit tip untuk perjalanan
seterusnya. Kebetulan anak sedara mak cik ni teringin nak melawat Jepun semasa
musim sakura nanti. Semoga bertemu lagi ye.

16-Oct-2019



Kami
kemudiannya ke Namdaemun Market untuk membeli souvenir untuk dibawa pulang. Siap
membeli, kami berjalan-jalan di sekitar kawasan yang padat dengan deretan kedai.
Kemudiannya sampai ke Myongdong Street. Disini, kami sempat membeli berapa
jenis street food (seafood) untuk makan ala kadar. Myongdong juga terkenal
dengan kedai-kedai barangan kosmetik ‘made in Korea’ yang boleh diberi dengan
harga rendah berbanding biasa. Brand Korea sahaja tau. Kalau ‘made in Japan’
cari di sini, mahal juga. Sekitar 5 petang, kami membuat keputusan untuk pulang.
Malam ini nak sambung lagi perjalanan. Jom balik dulu!

Sakan
tempat ni. Memang besar dengan banyak bahan bacaan tetapi hampir semuanya dalam
Bahasa Korea. Susah nak jumpa buku tajuk English, isi dalam pun English.
Dari
bangunan ni, ada shuttle bus untuk ke Seoul Station, free. Kami gunakan
perkhidmatan ini untuk penjimatan. Selesai melihat pemandangan Seoul Station yang
indah disebelah malam, kami pun pulang ke penginapan.
17-Oct-2019
Kami
bermalas-malasan sebelum berangkat ke airport. Flight jam 4 petang, kami check
out sekitar jam 11 pagi. Kemudian ke airport dengan subway. Lebih mudah. Yang
susahnya, dari subway stop location nak ke airport, jenuh berjalan, jauh.
Traveller jokes:
Malam bila
entah, beli nasi instant dekat convenience store. Nak masak guna microwave.
Sebab tak tengok betul-betul arahan, aku set over time. Jadi lemang weh! Elok
la makan dengan sambal ikan bilis yang orang Malaysia tinggalkan kat dapur tu.
No comments:
Post a Comment